Pokok Sirih Gading

Thursday, November 12, 2015

Pokok Sirih gading atau nama lainnya Golden Pothos @ Devils Ivy @ Plant Scindapsus Aureus. Banyak nama pokok ni tapi ianya adalah merujuk kepada pokok yang sama sebenarnya. Beli pokok ni kat IKEA dengan RM1.90

Mulanya elok je la tumbuh macam biasa. Dah besar sikit Fiza pisahkan dalam 2 pasu konon nak banyakkan pokoklah. Sudahnya satu pasu je hidup tinggal 2 helai daun. Tak tahu lah kenapa mati padahal pokok ni jenis senang nak hidup.

Bila dah tinggal dua helai tu, memang tak pisahkan lagi lah nak buat benih. Biar je dalam pasu. Finally dari mulanya dua daun dah berdaun² banyak dah. Pokok ni Fiza letak dalam rumah sebab sesuai dengan indoor. Dalam rumah nak pokok segar jugak kan.

http://www.azhafizah.com/

Setakat ni ada dalam 9 helai daun.
http://www.azhafizah.com/

Akar pun dah mula keluar dari batang. Sampai nak terkeluar pasu dah. Macam kena tambah tanah lagi je tu tapi pasu kecik pulak. Nak dipindahkan takut mati lagi.=__='
http://www.azhafizah.com/

Ada lagi satu pucuk daun yang bakal berkembang menjadi 10 helai daun kesemuanya. Seronok betul tengok perkembangan pokok hidup ni. Teruja nak siram hari hari. Tapi pokok ni Fiza siram 2 hari sekali je. Pastikan dapat air dan cahaya yang cukup. 

http://www.azhafizah.com/

Suka pulak bercucuk tanam ni tapi dok taman ni kena beli tanah, tanam dalam pasu je la jawabnya. Pokok Sirih Gading ni boleh juga di letakkan ke dalam air sebagai medium untuk terus tumbuh selain menggunakan tanah. Tapi kalau guna air, pandai pandailah jaga jangan jadi tempat pembiakan nyamuk pulak. 

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.