Kit Kat Gold Aiskrim Emas Terlajak Laku

Muka ada senyum bila husband balik dari membeli barang dapur nampak ada Kit Kat Gold Ice Cream yang tengah viral sekarang ni. Alhamdulillah..setelah berkali kali beli barang tak jumpa aiskrim emas terlajak laku ni, akhirnya ada rezeki juga merasa.

Pengaruh rakan blogger sangat ni. Sampai Blogger Salbiah M nak tolong pos kan lagi Ice cream Kit Kat Gold ni pada saya kalau boleh pos katanya. Tempat dia berlambak aiskrim kit kat ni. Nak tahu kat mana, cubalah risik-risik kat beliau. Terima kasih Sal!

Hebatnya kamu Aiskrim Kit Kat Gold. Sesungguhnya kamu begitu berharga. 

Nestle Kit Kat Gold Ice Cream

Nestle memperkenalkan perisa aiskrim terbaharu iaitu Kit Kat Gold edisi terhad sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Dimana musim perayaan adalah detik istimewa untuk diraikan bersama keluarga sambil menikmati 'golden break' ketika cuaca panas.

Aiskrim Wafer lazat disalut dengan coklat putih (white chocolate) dan ditaburi dengan kepingan karamel (caramel flakes) rangup dan cebisan (crumbs) wafer. Kemudian dibungkus dengan dengan pek emas sebagai tanda memberi tuah dan kekayaan.

Kit Kat juga didatangkan dalam pelbagai pek yang sesuai untuk dijadikan hadiah sempena tahun baru ibarat emas dikongsikan bersama keluarga. Istimewa sungguh Kit Kat Ice Cream ni bila digambarkan.


Kit Kat Gold Aiskrim Sedap ke Tidak?

Of course lah sedap. Dia jadi sedap bila ada salutan white chocolate dengan caramel flakes dan wafer tu. Manis? Tak juga. Ikut selera saya sedap! Mungkin sebab penggemar white chocolate dan terbiasa dengan rasa white chocolate.


Bergaduh dengan cahaya nak ambil gambar elok sikit dan terang. Tapi kelam juga akhirnya. Jadilah kan nampak kelazatan aiskrim Kit Kat Gold ni.

Tak puas makan Kit Kat Gold ice cream ni Sebab saiz dia tak kena dengan harga! Tapi harga sesuailah dengan segala yang ada pada Kit Kat Gold ice cream.

Kit Kat Gold ice cream price/harga

1 kotak ada 4 pek, harga dia lebih kurang RM17 lebih. Lupa dah mana pergi resit tu entah. Satu, harga dia lebih kurang RM4 lebih macam tu.

22 comments:

  1. Barang dicari akhirnya jumpa. Beli di mana itu?
    Rezeki Fiza untuk dapat merasa akhirnya.

    ReplyDelete
  2. cntik sngt gmbar akak snapppp.. kit kat gold mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Semua anak Kak Amie suka kit kat. Nampak aiskrim begini mesti sibuk nak beli juga! Kita pun terliur sama tengok gambar tu.

    ReplyDelete
  4. Tebalnya ice-cream. Camana boleh makan gigit camtu? Hehe.. akak sejenis gigi sensitif, jilat sikit-sikit je. :D

    ReplyDelete
  5. kite suka jugak kit kat.. nanti nak try hee

    ReplyDelete
  6. aaa try oreo tak??? sedapp juga tapi manis

    ReplyDelete
  7. Sedap aje kalau dah kit kat.. Lebih lebih lagi jika seorang penggemar coklat...X kisah coklat putih, dark ke apa.. semua telann.. Kah...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba tapi macam menarik untuk dicuba...

    www.naniey.com

    ReplyDelete
  9. Kenapa air krim tu tak ada kat sini? Nak cuba....

    ReplyDelete
  10. Kat sini belum nampak bayang nya lagi.. Kalau jumpa memang nak beli juga ini.. Kalau versi coklat wafer sedap macam manalah agaknya rasa aiskrim dia..

    ReplyDelete
  11. Sis duk pandang aje anak makannya.. Emaknya tengah cut sugar semua minuman dan dessert huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. tak sempat nak mencari lagi ni. 1 tak cukup ni, kena lebih

    ReplyDelete
  13. xsempat rasa lg sbb x jumpa sekali dgn ais krim oreo tu

    ReplyDelete
  14. ada karamel flake dgn wafer.. uithh mana tak sedap ooi

    ReplyDelete
  15. ni aiskrim kayangan namanya..hahahah! akak belum terbuka hati lagi nak mencuba..

    ReplyDelete
  16. uish terliur tgk ice cream..blm pernah cuba lg..nk beli la nty

    ReplyDelete
  17. Kalau dh namanya kitkat mesti sedap ni... x try lg ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.