Julai 2026 | Balik dari klinik gigi, singgah membeli kuih onde-onde dan kuih sopang panas. Orang Nismilan tak panggil onde-onde atau buah melaka, dorang panggil kuih kolopong.
Beli dekat gerai ni sebelah kedai buah kat Ampangan berdekatan Zull Tom Yam. Sedap kuih sopang dia, inti banyak tak manis sangat, kulit sopang lembut dan tak tebal sangat. Santan pun berlemak masin elok. Tak kedekut santan. Dapat pula tu makan panas-panas.
Kuih onde-onde pun sedap semua saiz yang sama. Tak kedekut buah melaka dan kelapa parut. Kuih pun tak berair. Beli tengah hari makan sikit, petang tu nak makan pun masih elok lagi.

Bagus berniaga macam ni. Jaga kualiti. 2 kali dah kami beli kuih sopang dan onde-onde kat sini. Harga nanti saya update sebab Encik Suami yang beli.
39 Comments
Pertama kali makan Kuih Sopang hari tu terus jatuh suka. Tengok kuih Sopang yang Pizzah beli ni, nampak lagi sedap. Nak nak dikata, kulitnya nipis dan lembut, tak manis sangat, santan masin-masin, makan panas-panas, terus rasa kecur. Onde² pun tentu sedap jika tak berair gulanya.
ReplyDeleteSedap sebab dia jual panas-panas. Dah banyak kali juga beli. Nanti bolehlah beli kalau terlimpas di Ampangan, Seremban.
DeleteBetu la Abg ipar kat nismilan pangil kolopong
ReplyDeleteOnde onde ni kalu kg ciknur panggil buah mulong ha haa lain negeri lain nama tp kuih yg sama
A'ah. kuih kolopong, kelepong macam tu lah sebutannya. hihi..Baru tahu ada nama lain juga, buah mulong. Banyak juga nama kuih onde-onde ni.
Deleteooo nama dia sopang yer...kalau kelate, saya panggil kuih ni mcm badak berendam jer..tp may be tak sama kot bahan2 dia kecuali berkuah santan gitu
ReplyDeleteSama je bahan-bahan dia. Cuma bentuk dan cara pembuatan tu berbeza sikit.
DeleteKuih sopang ada rasa macam badak berendam juga tak? Teringin juga nak rasa
ReplyDeleteLebih kurang je rasa dia. hihi...Sama sedap kalau dua-duanya dibuat dengan baik.
DeleteSedapp nyaaa tgk kuih tu.. ni dia buka ptg je ke? Eh ke dia buka pagi? Konpius jap... alolo ada kang mgu ni g cari hahah
ReplyDeleteDia buka sampai jam 5.00 petang. Tak pasti buka pukul brp. Tengah hari tu dah ada rasanya. Kalau nak kepastian, kena tanya kat no phone kat banner tu KakRet..
DeleteTeringin nak try kuih sopang tu. Takde jual kat sini.
ReplyDeleteSusah nak dapat kuih ni. Yang area Negeri Sembilan pun susah nak cari. Kena cari tempat mana yang jual.
DeleteKalau datang ke Ampangan, Seremban boleh cuba beli kat kedai ni. Sedap!
DeleteAlamak…punyalah lama akak duduk NS, boleh pulak tak tahu kuih buah melaka tu dipanggil kuih kolopong 😅
ReplyDeleteKuih sopang tu pun tak pernah tahu.
Hihi..mungkin kat Seremban ni tak pekat sangat Nismilan kot. Kalau belah pilah panggil kuih kelopong/kolopong.
DeleteTapi kuih sopang tu memang popular kat Nismilan je. Takpe, sekarang dah tahu dah.
Sedapnya kuih sopang Ampangan ni! Kulit lembut, santan berlemak, makan kolopong panas-panas memang padu betul.
ReplyDeletePernah rasa juga ye? Makan panas-panas tu yang buat lagi sedap makan.
DeleteSebutannya utk kue onde2 atau kalopong agak mirip dengan di sini. Kalau di Indonesia, kue yg hijau isi gula merah dan tabur kelapa namanya Klepon. . Fav sayaaa juga.
ReplyDeleteKalau onde2 itu beda lagi di sini. Itu macam kue yg bulat, isinya red bean, lalu ditaburi biji wijen. Itu kami sebut onde2.
Oh ye? Maksudnya sama lah tu kan rasa dia. Cuma onde-onde tu disana tu macam kuih bijan nama di sini.
DeleteKami panggil buah Melaka tu buah mulong. Onde² pula kuih bijan tu. Lain tempat lain namanya wpun makanan sama.
ReplyDeleteKuih sopang Akk tak pernah makan, tapi mmg teringin nak cuba. Masa PRN N9 baru ni katanya kuih ni jadi rebutan ramai
Ohh sama macam Cik Nur komen kat atas. Onde² sama macam Fanny komen. Betul, lain tempat lain namanya.
DeleteBetul, kuih sopang ni ramai yang cari kalau di Negeri Sembilan ni. Biasanya popular kat Kuala Pilah dan Rembau. Tempat lain tak pastilah. Kat Seremban ni adalah juga orang jual.
Kuih fav PZ..bila beli kat mana- mana..asyik komplen je x sama macam arwah mak buat.sudahnya dia x bagi beli dah..kadang adik2 beli gak buat minum petang
ReplyDeleteCuba beli kat sini kak. Sedap dia serve panas-panas lagi.
DeleteFirst time tahu kuih sopang.
ReplyDeleteHihi..it's okay. Sekarang dah tahu tak rasa pelik dah.
DeleteTeringin tau kuih sopang tu...kelapa parut dah beli...tapi x tau bila boleh jadi...
ReplyDeleteDah lengkap bahan tu nanti auto kena jadi rajin. Selamat mencuba dan menjadi hasilnya nanti.
Deleteterfikir-fikir dimanakah agaknya Zull Tomyam ni. nanti lalu belah ampangan kenalah pandang kiri kanan
ReplyDeleteDia dekat kedai buah ampangan tu juga tepi jalan besar. Tak pasti pula apa lagi landmark yang ada kat situ.
DeleteKuih sopang itu memang susah jumpa, jumpa masa makcik buat untuk buka puasa. Memang makanan khas orang Negeri Sembilan.
ReplyDeleteBetul, susah nak jumpa orang jual. So far yang ni sangat sedap.
Deletesedapnya kuih sopang
ReplyDeleteKuih sopang yang ni memang sodap.
Deletekuih-muih ni dia buat kat situ atau ada org hantar?
ReplyDeleteDia buat sendiri. Ada yang dia buat kat sini juga. Sebab tu panas-panas. Ada dua jenis kuih tu je pun.
Deletekuih sopang tu lagi sedap makan panas-panas eh.
ReplyDeleteFreshly made gitu, lagi sedaplah. Tapi takdelah panas sangat. Macam suam-suam gitu sesuailah untuk makan. Sejuk sikit pun sedap.
DeleteDah makan kuih sopang ini. Harap dapat repeat lagi masa Explore N9 sedikit masa lagi.
ReplyDeleteSemoga dapat jumpa kuih sopang yang sodap. Buleh cubo yang ni.
Delete