Jun 2026 | Bulan Mei yang lepas, adik ipar rancang nak jalan-jalan ke Batam. Bawa mak sekali sempena birthday mak dan dua orang anaknya pada bulan Julai. Ajak kami dan lagi sorang adik Encik Suami. Kiranya 3 keluarga dan mak.
Tapi adik ipar saya tak dapat ikut dengan suaminya. Kami pula macam masih berfikir lagi nak pergi ke tidak. Pasport pun dah expired. Renew je tapi tak kemana-mana. Itu yang malas nak renew. Buku kedua je ada cop, itu pun satu je.
Tapi sekarang dah tak ada cop kan?. Dah autogate je. Kalau nak cop kena beratur panjang. Itupun kalau dapatlah. Kalau tidak, dia suruh ke autogate juga melainkan kalau berkerusi roda, warga emas, kanak-kanak, pasport bermasalah dan sebagainya.

Sebelum ni mereka semua ke Danau Toba Kami berdua tak dapat join. Ini kalilah baru kita ikut. Adik ipar pun dah beberapa kali ke Batam. Senanglah sikit dah tahu selok belok.
Bulan Jun baru buat keputusan ikut sekali. Jadi, kenalah renew pasport juga. Buat online je.
Kami pergi ambil gambar pasport di kedai, minta soft copy je. Malas nak ambil gambar sendiri, malas nak edit kalau lighting tak on point.
Kita serahkan pada yang pakar je lah. Pergi kedai lagi senang, kita tadah muka je lah. Malam tu baru kami buat renew pasport secara online je. Pergi ke website Imigresen bahagian renew pasport.
Renew untuk 5 tahun RM200. Kalau jenis rajin travel tu eloklah buat 10 tahun terus, RM350. Boleh jimat RM50.
—15hb
Pagi 15hb, permohonan Encik Suami lulus dapat notification melalui email. Saya pula gagal disebabkan gambar tak jelas. Aikkk...
Saya pun cubalah re upload berkali-kali tetap gagal. Baju bercorak lah, tak jelas lah. Padahal dah tutup tudung tak nampak baju dah. Gambar pun dah edit bagi jelas.
Sudahnya Encik Suami minta photographer tu bagi gambar yang lebih jelas. Cuba re upload lagi, barulah berjaya upload. Harapnya lulus lah esoknya.
—16hb![]() |
| pasrah je kalau tengok gambar pasport atau IC |
Lepas beberapa hari kami renew tu, barulah keluar pasport design baru kan. Yang ada butterfly tu dan lebih berwarna. Ala, ruginya tak dapat yang baru. Takpelah, janji ada sudahlah dan boleh guna tanpa ada masalah.

26 Comments
Saya pun tak suka tengok gambar IC dan passport. Macam kelakar je....eiii tak puas hati betul la.
ReplyDeleteKelakar tu satu hal, rasa macam tak bersiap je rupa dia kan...Sabar je lah.
Deleteehh tuari me renew passport walkin kat utc kulai sekejap je 2 jam, tupon sbb lunch time.. huhu
ReplyDeleteMasih kena menunggu juga 2 jam. Kalau buat online tak tunggu lama untuk pickup. hihi...
DeleteEh kita bole pilih nak renew 5 thn or 10 thn eh?
ReplyDeleteTahun depan dah kena renew ni.. dah lupa cara² nak renew, almaklum renew pun 5 thn sekali kan ahhaa
A'ah. Yang 10 tahun tu tak ingat pulak apa syarat dia. KakRet bolehlah buat yang 10 tahun tu sebab selalu travel kan. Bestlah nanti dapat pasport baru. hihi..kat website tu pun ada tunjuk cara dia KakRet. Yang penting kena ada gambar terkini dulu. Pastu baru buat online.
DeleteLebih mudah urusan online
ReplyDeleteYe, betul tu wak.
DeleteSkarang smua online kecuali kalo ada anak bwh 12 thn tk silap... Renew passport online time p umrah aritu tp utk anak kena p kaunter sbb passport lama die time die kecik
ReplyDeleteSenang buat online kan. Tapi kalau kena pergi kaunter tu terpaksalah juga ke kaunter.
DeleteBaca entri Fizah ni, terus akak check passport akak mati bila. Ooo.. 2029, lambat lagi. Mekasih Fizah, share tentang boleh renew online ni. Wah, nak pergi Batam.
ReplyDeleteLambat lagi tu kak. Kira baru renew juga tu kan tahun 2024. Sama-sama kak.
DeleteYe, begitulah hajatnya.
Tak pernah lagi renew passport atas Italian. Eh, rasanya 2027 mati dah passport saya.
ReplyDeleteLagi mudah kak Amie, tinggal pickup je kurang sikit menunggu tu. Haa tahun depan je tu. Tapi kak Amie rajin travel, nanti mesti alert bila dah sampai tarikhnya kena renew 6 bulan sebelum expired.
DeleteDi sini foto pasport yg ambil petugas imigrasi 🤣.jadi tak bisa nak edit2 😄. Pasrah aja memang.
ReplyDeleteBicara renewal, langsung ingat pasport saya July THN depan expired.jadi memang trip akhir tahun nanti, trip trakhir lah. Balik dr Malaysia January, tak bisa pakai lagi Krn sisa tinggal 6 bulan. Hrs renew. Tp memang saya akan renew yg 10 tahun. Supaya lama sikit, secara saya tiap THN travel. Lebih memudahkan kalau 10 tahun sekali.
Ohh.. maksudnya tak boleh buat online lah ye? Di sini yang edit kedai gambar sebab cakap nak buat gambar pasport. Itulah tu, muka rupa apa pun tak kisah dah. Janji ada.
DeleteYe, macam Fanny memang sesuai sangatlah renew 10 tahun tu sebab rajin travel.
Yang last akak renew online. Gambar pun memang ambil kat kedai ikut spec semua. Tapi still tak lepas juga diminta ke kaunter. Gambar passport lagi kena redha... muka kalau boleh sebesar talam😅
ReplyDeleteItulah tu dah ambil gambar ikut specs dah sebab kat kedai gambar kan. Pastu tak lepas pulak. Suruh dia edit sikit bagi sharp barulah lepas. Bab gambar je lah kadang bermasalah kalau buat online ni.
DeleteHahaha...tulah tu, tengok je la muka sendiri besar gitu.
online memang senang sgt kalau tak de tecnical prob..my zharfan hari tu ada prob..jd lama betul prosesnya berminggu2...
ReplyDeleteBetul, mudah kerja tinggal pick up je bila dah siap. Lama juga tu berminggu-minggu. Syukurlah dah selesai kan.
DeleteOoooo boleh renew online erk..akak ingat nak pi walk in je..betul gak walk in ramai dan lama
ReplyDeleteBoleh renew online. Make sure dah ada gambar softcopy. Senang dah siap tinggal pickup je.
DeleteAphizha pergi Batam. Lepas ini ada pos melancang :)
ReplyDeleteAha akak takde kemaskini pasport sebab tiada rancangan untuk ke luar negara.
InsyaAllah...Tulah tu, sebelum ni renew je tapi tak kemana. Sebab nak ke Batam ni barulah renew.
DeleteSaya pun tak check lagi passport dah mati ke belum? Rasanya macam belum. Nanti balik nak kena check la sebab plan nak pergi batam kan. kalau tak gi je lah batang berjuntai tak pun batang benar. ha ha ha
ReplyDeleteHihi...kalau tempat dua tu tak payah check dah. Confirm lepas tu.
Delete