Header Ads

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Kononnya tak nak beli baju raya untuk Hari Raya Aidiladha. Pakai je lah apa yang ada. Sekali nampak Khatam Mid Year Sale pula. Haihh..saja je nak bagi kita keluar modal. Tak pasal-pasal terbeli juga baju raya untuk Hari Raya Aidiladha.

Beli pun sebab nak tebus kekecewaan lah kiranya. Kisahnya masa Hari Raya Aidilfitri haritu design yang saya nak beli sedondon dengan encik suami dah habis stok. Kecewa lah masa tu.

Tahu-tahu Hari Raya Aidiladha ni Khatam keluarkan stok. Ada sale pula tu. Kita pun lajulah membeli. Jangan lepaskan peluang membeli masa sale. Stok pun tak banyak. 

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Tak dapat pakai masa Hari Raya Aidilfitri, dapat Hari Raya Aidiladha pun okay. Tema hitam lagilah untuk raya Aidiladha tahun ni. Tak ada pilihan lain sebab ada warna hitam dan khaki brown je. Saya pilih hitam of course!

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Baju warna hitam plain dan kain kotak-kotak. Suka dengan kemasan jahitan masukkan butang ni. Butang pun butang kayu. Kain kapas bukan jenis nipis, sedikit tebal tapi sejuk dan nampak selera. Harap tak panaslah bila pakai nanti.

Kain pula jenis kain semi pareo. Senang saya tak perlu potong kain kalau jenis kain lipat ni. Kena pakai semi pareo juga senang nak adjust kelabuhan kain.

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Baju encik suami kotak-kotak sama dengan kain saya. Dapatlah sedondon kali ni. Design baju jenis modern fit lengan tiga suka dan tanpa butang. 

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Dengan pembelian ni, kami dapat free gift tote bag Khatam yang exclusive ni. Lebar tote bag, banyak barang boleh masuk.

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Di belakangnya pula tertulis ini.

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Baju yang kami beli ni dari koleksi MANSOOR. Khatam Mid Year Sale dari 26 Mei sampai 30 Jun 2025. Diskaun sehingga 40%. Beli awal untuk hari raya tahun depan pun boleh. Berbaloi sangat.

Biasa beli di Khatam baju encik suami je. Ini kali puan isteri pun dapat. Beraya Aidiladha dengan Khatam lah kami.

18 comments:

  1. Sebulan juga tawaran murah. Hehe kira sakan pakai baju raya baru ketika Aidil Adha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah lama juga tu. Bolehlah shopping apa yang perlu.

      Delete
  2. Cantik baju. Beg pun cantik. Sama la kita tiba2 ada baju raya haji sebab terpedaya dengan sales. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tiba-tiba ada baju raya. Ini semua salah sales kan. hihi....

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Tercapai hasrat nak pakai bah8i Khatam suami isteri.
    Selamat menyambut Aidil Adha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat juga sedondon bersama.
      Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Amie dan keluarga.

      Delete
  4. saya pon sebelum ni peminat khatam juga. ada lah beberapa baju dari khatam. design dia simple tu yg buat saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun suka dengan design dari Khatam. Sesuai dengan zaman ini dan yang penting selesa.

      Delete
  5. Cantiknya motif pada tote beg tu Fiza 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motif batik dan kain pelekat. Simple tapi nice kan.

      Delete
  6. Replies
    1. Bolehlah shopping tu, ada rezeki boleh dapat beg tu.

      Delete
  7. Wah, baju baru sempena raya korban. :)

    ReplyDelete
  8. Saat baca judul, saya pikir td khatam Al-Quran kak 😅😅. Ternyata khatam nama brand baju yaa 😁👍

    ReplyDelete
  9. Baju raya dari Khatam memang tak pernah mengecewakan. Kemas, selesa dan nampak eksklusif. Sesuai sangat untuk raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, so far tak pernah mengecewakan. Pakai pun selesa.

      Delete

Powered by Blogger.