Perut masing-masing dah kenyang. Dari Rumah Makan Sederhana, kami pun menuju ke Puncak beliung Batam. Salah satu tempat wisata alam dan panorama yang menarik di Batam. Sesiapa yang suka bergambar, pencinta alam dan melihat permandangan Batam dari aras tinggi, bolehlah ke Puncak Beliung ni.

Tengok di TikTok pun ramai pelancong Malaysia suka ke sini. Ye, masa kami ke sana pun rasa macam negara sendiri je. Penuh dengan orang Malaysia je.

Puncak Beliung Batam

Sebuah destinasi wisata alam di Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Tempat ini merupakan kawasan tanah tinggi yang mempamerkan pemandangan panorama bandar Batam, kawasan hijau dan laut dari aras tinggi. 

Antara yang menarik di sini :

  • Menikmati pemandangan panorama Pulau Batam dari ketinggian. 
  • Melihat matahari terbit atau matahari terbenam (bergantung pada cuaca dan lokasi pandang).
  • Bergambar dengan latar belakang bukit, bandar, dan laut. Ada banyak tempat menarik untuk bergambar
  • Bersantai sambil menikmati suasana alam semulajadi yang tenang dan udara yang lebih nyaman.

Dari pintu gerbang Puncak Beliung ni dah nampak laluan mendaki. Parah ni kena mendaki.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Harga tiket Puncak Beliung Batam

Beli tiket dulu. Kami ambil pakej Rp 110,000 untuk 6 orang dan Rp 90,000 untuk mak. 

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Dari kaunter tiket pun dah nampak laluan mendaki tu. Mujurlah ada perkhidmatan ATV yang boleh bawa mak naik sampai ke atas. Mak tak larat nak jalan jauh apatah lagi mendaki. 

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Masuk je kami disambut oleh pekerja di situ dan terangkan serba sedikit tentang apa yang ada disini. Disinilah kami minta mereka hantarkan mak ke atas. 

Sebelum bergerak naik kami bergambar dulu di bawah. Pekerja tersebut tolong tangkapkan gambar untuk kami. Cantik hasil tangkapannya. Pandai adjust lighting semua. Terbaiklah!

Disini kalau datang sorang-sorang pun tak perlu risau nak bergambar tu. Minta tolong je pada pekerja yang ada  disitu. Bagus kan macam ni. Percuma je!

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam
Saya dan Encik Suami tema hijau coklat (earth tone)

Kami pun memulakan langkah. Fuhhh..tak pasal-pasal kena mendaki bukit tengah cuaca panas. Dah macam hiking Bukit Kepayang juga kaedahnya. Cuma ni bukit versi rendah dan kurang mencabar sikit.

Walaupun kurang mencabar tapi cabarannya ialah cuaca panas! 

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Mujur jugalah ada bawa sun hat. Boleh jugalah muka ni berteduh dari panahan matahari. Tempat wajib bergambar kalau dah sampai Puncak Beliung Batam ni.

Nampak di kejauhan permandangan laut dan pokok-pokok kehijauan. Yang kurang menariknya ada pula permandangan pokok-pokok yang terbakar. Agak luas juga tu kebakaran yang berlaku.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Tak ada orang pula nak minta tolong ambilkan gambar. Tripod pun tak bawa ada dalam luggage. Kita wefie beramai-ramai je lah ye. Asalkan ada gambarnya.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Selagi ada tempat bergambar, kita posing je lah ye. Banyak juga tempat yang tak sempat saya ambil gambar. 

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Bergambar dengan dua ketul ni, panas-panas pun aktif kemain. Tak ada hal, bateri dorang sentiasa full!

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Giant Swing

Ambil peluang untuk naik giant swing ni. Mulanya tu macam  berani tak berani je. Tapi berani kan diri jugalah. Bukannya selalu dapat buat aktiviti mencabar macam ni kan. Alang-alang dah sampai dan beli tiket mahal tu, baiklah kita naik.

Agak lama jugalah beratur tunggu giliran. Setengah jam lebih jugalah. Bagusnya pekerja kat sini sebab tolong ambilkan gambar dan video. Cantik pula tu. Puas hati! Macam-macam gaya dia suruh kita buat. Kita follow je. Kalau tidak mati akal juga nak berposing kat atas buaian tu kan.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Best betul naik buaian dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak ada yang beratur tu nak juga berlama-lamaan. Tapi ramai lagi yang beratur uiii..

Tengok orang lain menjerit ketakutan. Kita pula tak berani nak menjerit. Terbalik pula. hihi...

Flying carpet

Lepas naik buaian saya beratur pula naik flying carpet. Masa tunggu giliran naik giant swing,  anak buah dan biras tunggu giliran naik flying carpet ni. Jadi mereka dah lepas dulu naik.

Orang lain duduk bersila, saya minta untuk bersimpuh je. Malas nak bersila sebab pakai kain kan. Kat sini pun ada photographer/videographer. Bagi je phone kat dia. Pandailah dia nak ambil gambar dan arahkan untuk posing-posing. Boleh je posing ikut cara sendiri.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Sebenarnya ada tali tu, saya edit hilangkan tali. Nampaklah real sikit flying carpetnya. Kann... jadi tak?

Ingatkan nak naik Keranjang Sultan tapi tak kesampaian sebab mereka semua dah turun bawah dah. Adik baby dah tidur rasanya masa tu. Cuaca panas kan. Mak pun minta nak turun ke bawah dah.

Risau pula mereka tunggu lama. Tinggal kami berdua je lah. Jadilah bergambar di tempat mana-mana yang sempat je. Antaranya gerbang Bali ni.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Ni sarang apa pun tak tahu. Ambil je lah gambar kat sini masa turun ke bawah tu.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Sebelum keluar, ambil dulu Puncak Drink percuma yang diberikan. Kena tunjuk wristband sebab nanti dia akan tanda kalau dah ambil air minuman.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Dah penat berjalan,nikmat betul menyedut minuman sejuk dan manis. Sedap betul air kedua-dua ni. Hilang dahaga terus.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam
bluesky dan mojito

Selamat tinggal laluan yang memenatkan tadi. Dapat jugalah buat aktiviti pembakaran kalori. Penat tapi berbaloi dengan aktiviti yang ada di Puncak Beliung ni. Ada juga menyediakan tempat makan di sini. 

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Tak sempat juga nak meluncur di rainbow slide sebab macam dah lambat sangat. Nak kena mendaki tangga lagi tu.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Jadi, kita pandang dari jauh dan ambil gambar je lah. Mungkin rezeki di lain hari pula dapat buat aktiviti penuh kat sini.

Puncak Beliung Destinasi Wajib Singgah Bila Bercuti di Batam

Sebelum keluar dari Puncak Beliung ni anak buah dua orang kata dorang meluncur di rainbow slide ni beberapa kali sebab guna tiket ibu abah dorang. Seronok kemain bercerita. Okaylah saya dapat buat dua aktiviti ni. Seronok!
  • Giant Swing ✅
  • Rainbow Slide ❌
  • Flying Carpet ✅
  • Keranjang Sultan ❌
  • Puncak Drink ✅
Kita pun tak tahan sangat cuaca panas. Sayangnya tak bawa kipas portable tu. Kalau tidak, dapat jugalah sejukkan badan sikit. Korang datang sini silalah bawa kipas portable tu ye. Sangat membantu menyejukkan badan bila cuaca panas ni.

Kalau ke Batam, wajib singgah di Puncak Beliung ni. Wisata alam yang menarik untuk mereka yang suka bergambar, aktiviti yang disebutkan di atas, boleh tahan panas dan sabar menunggu giliran. 

Menunggu giliran tu memang lama ye untuk setiap tempat. Bertabahlah. Tapi puas hati tengok gambar cantik dan dapat buat macam-macam aktiviti menarik di sini. Kita enjoy!. 

Tapi tulah kurang sesuai rasanya untuk baby dan warga emas sebab cuaca panas dan tak ada aktiviti menarik untuk mereka. Mungkin akan rasa bosan sikit. 

Sebaiknya pergi waktu pagi baru seronok cuaca redup tak panas. Dapat jalan santai-santai je. Waktu pagi mungkin kurang ramai sikit kot kan. Apa-apa pun rancang perjalanan dan masa sebaiknya. Kalau tidak rugi masa je nanti.

Lokasi

3WXR+MQP, Tanjung Riau, Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

Waktu operasi

  • 08:00 pagi—6:00 petang

Bersambung...