Julai 2026 | Kebetulan minggu kedua bulan Julai tak ada rancangan apa-apa. Jadi, bolehlah join kakak saya dan anak buah ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Nak melawat anaknya dan juga bawa outing. Kami yang jauh dari Seremban ni sampai dulu dan teruslah ke PSAS ambil anak buah.

Kakak saya bawa makanan dari rumah, nak cari taman yang boleh berkelah gitu. Jumpalah Taman Tasik YDP dekat Slim River ni. Tak jauh pun dari PSAS. Tunggu mereka semua kat sini. Kat sini ada gazebo, taman permainan, laluan jalan kaki dan kemudahan lain.
Cacat pula gambar ni ada plastik sampah di situ pula. Majlis baru bersihkan taman masa ni.

Taman pun bersih je. Ada orang memancing. Di seberang tasik tu sesekali ada keretapi lalu.

Disini ada kemudahan tandas awam tapi dikunci pula. Alahaiii...macam tu pula ye. Kalau emergency ni naya nak cari tandas.

Tak lama tu mereka pun sampai lah. Makanan yang dibawa bolehlah letak atas tempat duduk yang disediakan. Banyak betul kakak saya bawa makanan. Bab makanan memang dia menang. No.syatu!

Dah berkelah tu sambut sekali birthday Encik Suami (Paksu) 30 Jun, anak buah perempuan 1 Julai, anak buah lelaki 21 Julai. Mereka berdua sepupu.

Hantar barang-barang arwah mak mereka yang masih ada untuk diberikan kepada pakcik mereka yang juga kanser. Pampers serta kemudahan alatan untuk orang bedridden sebab suami dia kanser juga.
Mana yang boleh kita bagi kat orang, kita bagi. Katil pun dah let go pada yang memerlukan. Semoga dapat membantu dan meringankan beban. Semoga Allah permudah segala urusan mereka sekeluarga. Aamiin...

Ada kisah lucu pula kat sini. Mereka menyakat Baju Paksu sama dengan warna cat dinding rumah. Hihi..Eh, mana Paksu?
Dah selesai tugas disini, kembali ke PSAS hantar anak buah balik semula. Jadilah kan dapat outing sekejap.

Dalam PSAS dekat KAMSIS (Kampus Siswa) ada gazebo yang lagi selesa dan besar. Anak buah tak nak makan-makan kat sini. Nanti dia tak dapat keluar katanya. Bosan lah tu weekend memerap je. Macam tu lah study.

36 Comments
Oo dulu slalu gak piknik kat tasik Y masa zaman abin kat mrsm felda.. mmg syiok tp dulu mcm x terjaga sangat tasik tu, skrg ni je dah cantek sket.
ReplyDeleteOh ye anak buah fizah blok mana? Amek.course apa eh?
Ohh..area sini jugalah Abin kembali ye. Sekarang dah terjaga kot elok bersih cuma facilities tak okay. Dah lama kot. Toilet pun ditutup.
DeleteV6, kos marketing/peruncitan.
Hahaha sama blok la ngan abin... abin tkt 2..kita lupa no bilik dia 😅😅.. abin elektrikal .. haha silap² ada terserempak ye dkt asrama
DeleteTak sama KakRet. Dia perempuan. Tak mungkin satu asrama. Saya re check whatsapp. Saya silap, bukan V6, tapi V5 kot sebab masa datang dia suruh parkir kat V5. Maafkan saya silap pulak. huhu...
DeleteOooo hahaha ok² eh knret pun silap... v3 laa bkn v6 haha ye ye situ asrama pompuan... aisshhh 🤣🤣
DeleteHahahahaha..apalah nak jadi dengan kita ni makcik-makcik yang tak alert kamsis anak buah. Kelakar pulak. So V5 & V6 tu asrama perempuan lah. V3 area depan tu kamsis lelaki. Hihi...
DeleteMeriah dapat melawat anak buah beramai-ramai.
ReplyDeleteAlamak, warna baju sama dengan dinding rumah. Boleh camouflage, gitu. 😁
Kek apa tu, Fizah? Menarik tertarik akak dibuatnya. 😋
Alhamdulillah..Alang-alang ada hal lain juga. Dapatlah berkumpul sekali. Hihi..tulah tu. Ada selingan drama pulak.
DeleteCheesecake. Kakak saya order kat tempat dia.
Taknak makan kat dalam kampus eh..nak outing. Tepu lah kot asyik nak kena study. Nak ambil angin luar lah tu.
ReplyDeleteItulah, tak nak pulak padahal gazebo tu luas dan lagi selesa. Ikutkan je lah sebab celebrate birthday dia dan bawa outing.
DeleteMakanan banyak takpe... sebab orang pun ramai!
ReplyDeleteTak ramai sangat pun. Makanan yang terlebih ramai. hihi...
Deleteaduh tempat awam camtu tandas berkunci pulakk. naya kalau emergency
ReplyDeleteTandas tu tak patutlah di kunci kan. Nama pun tempat awam. Kalau bayar pun okay je. Malas nak buat maintainance atau rosak.
DeleteAiiih betullah, ada plastik sampah tuh pula yaa 😅. Sukaaa lihat taman dan danau nya. Kliatan tenang dan cocok utk briskwalk.
ReplyDeleteBiasanya kan kalau kakak nih memang no 1 menyediakan makanan 😄. Saya kumpul dengan adik2, pasti paling semangat bawa makanan Macam2 😅.
Itulah tu. Mencemarkan permandangan dalam gambar pulak. huhu...Ya tenang juga di sini dan redup. Cuma fasilities ada yang dah rosak. Betul tu Fanny, food provider sangat.
Deletemeriah makanan berkelah.. hehehe.mmg rajin memasak kakak tuh...
ReplyDeleteDia memang pemasak nombor syatu. hihi..Alhamdulillah meriah makanan yang dibawa.
DeleteYour photos are lovely! Thank you so much for sharing your journey!
ReplyDeleteThank you Linda.
DeleteNo problem.
Banyak kakak Fiza masak, love language seorang ibu utk anaknya yg berjauhan dan utk ahli keluarga lain yg disayangi.
ReplyDeleteBesar PSAS ni 👍🏻
Tu lah tu. Kita ingatkan sikit-sikit. Sekali keluarkan, tudiaa macam-macam ada. Alhamdulillah...Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat kakak saya yang usaha masak macam-macam ni untuk kami semua. Aamiin...
DeleteBoleh tahan besar juga PSAS ni.
Sayangnya, kenalah letak bungkusan sampah kat situ kalau iyer pun. Agaknya senang kot nak bagitahu tukang ambil, nanti ambil sampah kat tempat sekian-sekian. Amboi, rajin sangat memasak tu, banyak sungguh menunya, patutlah lambat sikit sampai, hihi. Paksu berjanji dengan dinding ke, Paksu?
ReplyDeleteHB kpd yg lahir Julai tu, termasuk jugak selit yg lahir hujung Jun 🥰.
Mungkin lah kot tu memudahkan kerja mereka. Tulah tu, banyak betul menu dia masak. Lambat sampai takpe, asalkan selamat sampai.
Deletehahahaha..Paksu geng dinding. Alhamdulillah dapat meraikan birthday mana yang dekat-dekat tu. Jun pun nak selit sekali. Biasanya 30 jun dan 1 Julai tu celebrate sekali sebab selang sehari je. hihi...
meriah betul mknn utk picnic tu. part toilet dikunci tu emmm..pyhlaaa ..saya jenis kerap gi toilet..so kalau tmpt tak de toilet, memang sgt inconvenience
ReplyDeleteMeriah macam-macam menu kakak saya bawa. Itulah tu, kalau emergency dah kalut cari toilet. Betul, sangatlah tak selesa. Nasib baiklah kami singgah sekejap je untuk makan-makan.
DeleteWahhh meriah keluarganya dan meriah juga menunya. Seronok berkumpul makan ramai-ramai macam ni kan
ReplyDeleteSesekali dapat berkumpul dan sambut birthday mereka. Itu yang kakak masak macam-macam tu.
DeleteSemoga sumbangan alatan pesakit kanser dan bedridden ini meringankan beban. Lawak pula baju sama warna cat tu! Bab tandas awam berkunci time emergency memang mencabar. Nasib baik dapat port santai makan-makan sekejap!
ReplyDeleteInsyaAllah...Aamiin...
DeleteItulah tu, tersama pulak dah.
Okaylah duduk santai kejap kat sini makan-makan. Susah kan kalau emergency tandas tutup pulak.
Cantik dan tenang betul pemandangan Taman Tasik YDP ni, siap ada keretapi lalu kat seberang. Bagus juga bawa anak buah outing sekejap bagi hilangkan tepu belajar. Walaupun ada selit bab duka & kenangan, tetap penuh makna perjumpaan kali ni.
ReplyDeleteYe, bawa outing je la ambil angin luar. Bosan juga terperuk kat dalam tu tak keluar-keluar kan. Ye, suka duka dikongsi bersama.
DeleteHaha banyak makanan, suruh anak bawa balik yang lebih ke?
ReplyDeleteBaguslah ya sedekah barang-barang berguna yang kita tidak pakai lagi.
Ye, anak dia bawa bekal. Saya pun dapat bekalnya jugak. Betul, bagi yang memerlukan daripada terbiar membazir.
DeletePernah juga ada pengalaman menyantuni anak buah masa tu dia belajar kat MRSM Kem Terendak Melaka. Siap order KFC lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada peluang dan semoga Allah berikan ganjaran pahala dan segala kebaikan. Aamiin...
Delete