Jun 2026 | Tengah belek-belek apps Sephora tengok apa yang menarik, ada sale ke tidak. Lepas tu check kot ada stok Perfume Prada Paradoxe Intense. Eh, ada stok!
Setelah lama out of stock. Terlajak laris betul perfume ni. Nak beli perfume sebab Prada Paradoxe Intense 30ml tu dah nak habis.
Bila ada stok tu cepat-cepatlah kita masuk bakul dan submit order. Beli yang 90ml sebab 30ml tu tak ada. Beli 90ml ni lagi berbaloi sebenarnya.

Saya order 5 Jun dan sampai pada 8 Jun. Kira cepat jugalah sampai. Dapat juga 3 gift sample produk skincare. Kalau beli online mesti ada freegift. Lagi berbaloilah beli online daripada kat store. Cuma kena menunggu tu je lah yang tak bestnya.
![]() |
| cap ibu dan anak |
Kat Malaysia ada ke jual refill perfume Prada Paradoxe Intense ni? Lagi berbaloi beli kalau ada refill. Tak perlu nak beli berbotol-botol.
Notes
Kategori: Floral Amber
Karakter: Lebih mendalam, sensual, elegan dan memikat berbanding versi asal.
Karakter: Lebih mendalam, sensual, elegan dan memikat berbanding versi asal.
Top notes: Bergamot, Neroli
Heart notes: Jasmine, Ambrette, Moss
Base notes: Bourbon Vanilla, Amber, Musk
Heart notes: Jasmine, Ambrette, Moss
Base notes: Bourbon Vanilla, Amber, Musk
Jimat juga pakai perfume ni sembur sikit pun bau semerbak dan tahan lama seharian. Bau pun best ya amat. Terus mewangi melekat pada baju.

18 Comments
Beli dari apps dia memang cepat sampai, yang seronok tu, mesti ada free gift. Saya pun dah lama eyeing perfume Prada ni, tapi entah kenapa hari tu saya check out Burberry. Aduh ni dah nampak balik, rasa nak order jugaklah.
ReplyDeleteTakdelah cepat sangat pun. Ambil masa jugalah. Ada free gift tu yang best. Next time bolehlah order yang ni pulak.
DeleteMZ tgh FOMO perfume jugak (algo kat thread)..wishlist nak beli landome edp idole tu sbb viral aisya retno guna dan sgt wangi. my dior jadore pun dh nak abih tuuu nak kena beli yg baru plakkk
ReplyDeleteAda nampak juga Lancôme Idôle EDP tu. Kalau ada modal lebih bolehlah beli. Kot ada botol kecil boleh beli saiz kecil dulu. Dior pun dalam wishlist jugak.
Deleteemm..sure wangi ni....
ReplyDeleteMA pun kurang sgt blogwalking..baru nak start balik ni :-)
Wangi sangat! Samalah kita. Saya pun baru mula Julai haritu. huhu...
Deletewah sure bau dia wangi semerbak kan...
ReplyDeleteWangi dan long lasting. Itu yang saya suka.
Deletecute je bekas perfume nya
ReplyDeleteCute dan unik sikit bentuknya daripada botol perfume yang lain.
DeleteSetuju bila beli dari apps memang cepat sampai dan pasti ada dpt sample kan..x pernah ada Prada perfume...tapi botol nya tu cantik la Fiza...comel...
ReplyDeleteTaklah cepat sampai sangat. Lebih kurang 2 hari lebih menunggu macam tu. Biasanya kalau beli online ada sample product. Beli kat store tak dapatlah. Kot nak try cuba pakai bolehlah beli yang saiz kecil 30ml tu kak.
Deletealamakk... macam teracun je ni huhuhu
ReplyDeleteAwasss kak. Hati-hati terhasut ni.
DeleteDah ada stok cepat-cepat beli walaupun ada saiz yang besar. Nanti entah bila ada balik stok, lama kena tunggu.
ReplyDeleteItulah tu, sebelum ni out of stock lama juga. Baiklah beli je.
Deleteexclusive perfume tu
ReplyDeleteYe. Bau pun best.
Delete