Sehari sebelum ke Batam, tukar duit Rupiah Indonesia siap-siap. Kena jugalah ada cash di tangan walaupun kat Batam tu boleh guna QR dan kad. Kang apa-apa hal susah pula tak ada cash. 

Tukar Duit di Money Changer Dengan Rate Yang Lebih Berbaloi

Tukar 2 juta IDR je. Merasalah kejap pegang duit cash juta-juta ek. Sebelum tukar tu Encik Suami survey dulu money changer yang rate rendah dan lebih berbaloi di Seremban ni. Jumpalah Suria Muhabat Sdn. Bhd di Terminal One

Suria Muhabat Sdn. Bhd.

Syarikat pengurup wang berlesen (money changer) yang beroperasi di Terminal One Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan. Menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang asing untuk pelanggan yang ingin membeli atau menjual pelbagai jenis mata wang.

Mata wang asing seperti Dolar Singapura (SGD), Dolar Amerika Syarikat (USD), Baht Thailand (THB), Rupiah Indonesia (IDR), Yen Jepun (JPY) dan mata wang lain (bergantung kepada stok semasa).

Tips sebelum menukar duit

  • Bandingkan kadar tukaran (exchange rate) dengan beberapa money changer lain.
  • Semak sama ada terdapat caj perkhidmatan.
  • Kira jumlah wang yang akan diterima sebelum membuat transaksi.
  • Simpan resit sebagai rujukan.

Selesai hal duit belanja cash. Misi seterusnya nak kena packing pula. Bahagian paling malas dan ambil masa sikit.