Sehari sebelum ke Batam, tukar duit Rupiah Indonesia siap-siap. Kena jugalah ada cash di tangan walaupun kat Batam tu boleh guna QR dan kad. Kang apa-apa hal susah pula tak ada cash.

Tukar 2 juta IDR je. Merasalah kejap pegang duit cash juta-juta ek. Sebelum tukar tu Encik Suami survey dulu money changer yang rate rendah dan lebih berbaloi di Seremban ni. Jumpalah Suria Muhabat Sdn. Bhd di Terminal One.
Suria Muhabat Sdn. Bhd.
Syarikat pengurup wang berlesen (money changer) yang beroperasi di Terminal One Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan. Menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang asing untuk pelanggan yang ingin membeli atau menjual pelbagai jenis mata wang.Mata wang asing seperti Dolar Singapura (SGD), Dolar Amerika Syarikat (USD), Baht Thailand (THB), Rupiah Indonesia (IDR), Yen Jepun (JPY) dan mata wang lain (bergantung kepada stok semasa).
Tips sebelum menukar duit
- Bandingkan kadar tukaran (exchange rate) dengan beberapa money changer lain.
- Semak sama ada terdapat caj perkhidmatan.
- Kira jumlah wang yang akan diterima sebelum membuat transaksi.
- Simpan resit sebagai rujukan.
15 Comments
nak sekeping,, hehehe. masih ada lagi baku USD masa ke Georgia ari tu... nak tunggu rate berbaloi dulu baru nak tukar kembali...
ReplyDeleteAla habis sudah digunakan tak tinggal sikit lansung. Saya pun tak ada simpanan. Baguslah ada baki lagi tu boleh buat simpan. USD pula tu kan. Lagi kayo! Kalau nak beli kena tunggu rate duit kita tinggi sikit kan baru berbaloi.
Deleteseronok shopping kesana hehhhehehhe happy holiday pijah...kalau kat sini, akak suka tukar dekat area Lot 10, kalau dekat cyber ni agak tinggi juga....
ReplyDeleteItulah tu, tempat tu memang tempat orang bershopping. Terima kasih Kak Mija. Lot 10 tu pernah dengar juga. Jauh pulak kan nak kesana. Cyber tu macam tak ada yang rate rendah je. huhu...
DeleteTahniah!! dah jadi jutawan walaupun hanya mampu pegang juta2 rupiah.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Adalah juga rezeki jadi jutawan kejap. hihihi...
DeletePernah dulu plan juga ke Bintan. Bintan rasanya pun dekat juga dengan Batam ni. Tapi tak jadi sebab time tu katanya monsun jadi feri tak ke Bintan.
ReplyDeleteIngatkan nak ke Bintan juga tapi macam tak cukup masa pulak. Kalau nak pergi dari Batam pun boleh naik speedboat. Betul, kalau cuaca tak mengizinkan tak dapatlah nak kesana.
DeleteTerus jadi jutawan ye Fiza hehe...
ReplyDeleteItulah tu. Jadilah jutawan sekejap. hihihi...
DeleteWhaaaaa! Siap2 nak nyoping le ni....!
ReplyDeleteWah duit rupiah jatuh. Duit pi batam hari tu ada lagi baki 1 juta. Kita nak Hari2 jadi jutawan. Ingat plan nak pi bromo tapi tenguk bromo tengah terbakar. Simpan dulu trip pi indon.
ReplyDeleteSeronok pi batam. Kat satu pulau tu ada orang melayu lupa pulau apa. Orang melayu tapi warga negara indonesia
Masa tukar ni duit Rupiah jatuh, berbaloilah juga tukar. Eloklah simpan tu kak Notie, rajin travel boleh guna akan datang kalau ke Indon. Tulah tu, Bromo tengah terbakar. Boleh pergi tempat lain Kak Notie. Pulau Bintan kot ek?
Deletemerasa la pegang duit juta2.. kikiki
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dapat jadi jutawan kejap. hihihi...
Delete