Rancak ye viral minuman The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Ada yang panggil CBTL, ada yang panggil Coffee Bean, Kopibin dan macam-macam lagilah sebutannya mengikut generasi. Saya suka panggil CBTL je.
Selain Kenangan Coffee, saya suka juga membeli di CBTL. Cuma CBTL ni agak pricey sikitlah berbanding Kenangan Coffee.
Sebelum ni saya terhasut membeli Kyoho Grape Mixer Longan tu di Threads. Lepas tu baca blog KakRet, terhasut pula nak mencuba Kyoho Grape White Chocolate Ice Blended. Pengaruh rakan blogger tu benar ye kawan-kawan.

Sekali sedut rasa, ada rasa lemak manis susu dan white chocolate tapi tak manis sangat lah. Hujung-hujung baru dapat rasa masam-masam anggur tu. Sedap!
Tak pastilah pula ada buah sebenar ke tidak. Atau mereka kisar buah tu. Tak kisahlah tu kan, janji air ni sedap di minum. Lepas ni dah susah pula nak buat pilihan sama ada nak beli air Kyoho grape mixer longan atau Kyoho grape white chocolate ice blended. Hmmm...
14 Comments
Seram pulak nak baca kawan2 blogger punya review air @ makanan, takut tergoda!!
ReplyDeleteHihi..Pengaruh rakan blogger tu benar ya. Tahan tahannn...
Deleteyg ni tgk kwn akak beli juga...bila tgk white chocolate riso kot manis tp ada grape tu rasa la masam2 manis la kn
ReplyDeleteA'ah, rasa dia masam manis tapi taklah manis sangat kot pada saya.
DeleteTerus terliur nak try Kyoho Grape White Chocolate Ice Blended ni. Agak-agak antara dua menu tu, mana paling refreshing bagi pija? Kena brain freeze tak hehe
ReplyDeleteKalau refreshing, Kyoho Grape Mixer Longan lah. Nanti boleh cuba kedua-dua ni. Dua-dua pun sedap.
Deleteterliur la plak! MZ semlm order mixer asam boi yg baru launch tu...so-so jer sbb bagi MZ terlalu manis/terlalu kuat rasa asam boi nya
ReplyDeleteTak perasan pulak mixer asam boi tu. Kalau manis sangat tu rasa yang tak best tu, kalau kuat asam boi okay lagi.
Deletetengok kawan saya beli haritu. tpi tak tanya apa nama minuman ni, warna dia lawa!
ReplyDeleteYa, warna dia tu menarik perhatian peminat purple kan. Bolehlah beli dan cuba rasa nanti Mazni.
DeleteCbtl di sini ada, tp saya jarang minum sebab cabang nya jauh2. Jadi tak perhatian pula menu minuman baru nya sama atau tidak dengan di sini. Kalau ada jual juga, nak coba lah. Terbayang sedap kalau pakai anggur
ReplyDeleteNanti Fanny ke Malaysia lagi boleh cuba Fanny. Harap menu ni masih ada lagi dan bukan limited time only.
DeletePeminat CBTL betul ni...Kak SA x up to date menu2 air kat CBTL..jarang membeli sebab cut sugar dan tgh diet ni kan
ReplyDeleteLately ni je kita FOMO kak. hihi...Ohh faham faham. Bukan mudah nak cut sugar ni kan kak. Kadang tak kuat.
Delete