Julai 2026 | Sementara menunggu keputusan darah dan urine tu, baiklah kita pergi sarapan pagi dulu. Lama juga kalau nak menunggu dalam masa sejam. Saya pun dah lapar puasa dari malam tadi sebab nak ambil darah pagi ni kan.

Dah rancang nak makan nasi lemak di Gloria Jean's Coffees tapi full house lah pula. Kita pergi makan kat Kedai Kopi Cengkih lah. Ramai orang juga tapi masih ada meja kosong lagi di luar.

Sarapan Pagi di Kedai Kopi Cengkih KPJ Seremban

Duduk luar pun bolehlah masih ada air cond dalam hospital. Tak panas sangat. Encik Suami buat pesanan di kaunter dan terus bawa ke meja.

Sarapan Pagi di Kedai Kopi Cengkih KPJ Seremban

Nasi lemak bungkus daun pisang, mihun kari, sandiwch tuna dan telur dan air kosong. Puasa kopi sebab tengah berpantang baru lepas buat whitening lepas debond.

Sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang ni. Maintain sedap macam biasa. Menyelerakan betul dengan aroma daun pisang tu. Nasi sedap berlemak dan sambal pun sedap pedas. Suka sangat sambal nasi lemak yang macam ni macam kampung style. Tak suka jenis moden yang campur macam-macam sampai mengubah rasa.

Sarapan Pagi di Kedai Kopi Cengkih KPJ Seremban

Encik Suami makan mihun kari. Mi dah habis, mihun pun jadilah. Kuah kari sedap pekat memikat. Tak kedekut rencah. 

Sarapan Pagi di Kedai Kopi Cengkih KPJ Seremban

Sandwich pun penuh isi dalamnya. Bukan mengelat letak depan je. Satu tuna, satu telur. Alhamdulillah dapat makan sarapan pagi yang sedap. Dah habis makan, terus ke klinik tunggu giliran jumpa doktor.

Pertama kali makan di sini, biasanya beli bungkus bawa balik je.