Julai 2026 | Macam teringin sangat makan jambu bol atau orang panggil jambu K***** di tempat saya. Jambu ni susah nak dapat dan rare jugalah di zaman sekarang ni. Mana nak cari ek? Dia kadang ikut musim juga.
Saya pun carilah di TikTok. Jumpalah peniaga yang dekat sikit. Dekat tak dekat sangatlah, kat Labu tu ha. Rezeki sayalah sebab ada stok lagi. Sekilo RM20. Disebabkan teringin, kita pun belilah.

Jambu dia ada yang matang dan ada yang belum. Dapatlah saya melepaskan teringin nak makan jambu bol. Tapi yang sedihnya jambu dia banyak rosak. Yang masak pun ada rosak dalam dia. Dapat makan sikit je lah buat rasa-rasa, janji dapat rasa.
Peniaga ni bukan penjual buah. Sambil-sambil je menjual buah dari kebun ke rumah dia agaknya lah. Asal boleh jual mungkin. Saya tak salahkan peniaga, mungkin dia pun tak tahu kualiti buah tu kot. Kita husnuzon jelah.
Persoalannya sekarang, mana nak cari jambu bol ni ek? Nak yang elok-elok boleh dimakan. Susah betul nak mencarinya. Ikut musim juga kan.
30 Comments
Jambu apakah ini?. Tak sama macam jambu yang saya selalu nampak iaitu jambu air.
ReplyDeleteTajuk post dah ada namanya kak Ezna.
DeleteMemang jarang dah jumpa jambu bol ni. Rumah nenek ada tanam tapi sekarang dah takde dah pokoknya.
ReplyDeleteSayangnya kan kalau dah takde pokoknya. Buah ni pun dah jarang jumpa.
DeletePokok jambu bol kat kg ada lagi tapi huah dia dah tak elok sebab dah tua. Kalau jambu gelas ada lagi 2 3 pokok tapi bila berbuah tak pasti masa ya. Kadang balik kg tengah putik kadang dah habis musim.
ReplyDeleteMungkin sebab pokoknya dah tua kot kan. Dah tak ada buah sangat. Jambu gelas tu jambu air ye kak Notie? Buah tak ikut musim ni kalau ada rezeki, ada lah dia kan.
Deletetak pernah makan jugak jambu ni. rasa dia sama mcm jambu biasa tak
ReplyDeleteTekstur dia macam lebih kapas sikit daripada jambu biasa. Masam manis kelat sikit. Lebih sedap daripada jambu biasa. Itu pada tekak saya lah.
DeleteSejak pindah jakarta tak
ReplyDeletePernah jumpa jambu ini. Kami sebutnya jambu monyet 😄. Tak tahulah kenapa disebut itu. Ada juga beberapa daerah yg sebut jambu bol. Tp paling sering dengar jambu monyet. Saat saya masih di Aceh, banyaaak jambu bol ini. Di JKT nih yg rare
Pelik pulak namanya dikaitkan dengan monyet. hihi...Best tu masih banyak lagi buah ni di pasaran. Cuma di Jakarta lah susah nak dapat ye.
Deletemasalah jambu bol ni isinya banyak rosak kena serang lalat buah.
ReplyDeleteKalau dapat yang manis memang sedap, makan cicah serbuh asam boi.
Ohh macam tu. Best kalau dapat yang manis yang elok tu. Memang sedap cicah dengan serbuk asam boi.
Deletemcm jambu air jer...
ReplyDeleteBukan, jambu ni rare sikit susah nak jumpa.
Deletejambu bol tk pernh try biasa mkn jambu air
ReplyDeleteJambu air okaylah senang nak jumpa dan beli.
Deletesaya kenal dan pernah lah try mkn jambu ni tapi tak berapa suka laaa
ReplyDeleteTak kena dengan selera kot ek.
DeleteMacam dah jarang gila jumpa jambu bol ni sekarang. KSarie rasanya udah bertahun tidak makan jambu ini. Ahhh sudah tiba-tiba teringin pula hendak makan
ReplyDeleteSaya pun dah bertahun-tahun tak makan. Itu yang dok mencari tu teringin nak makan. Tapi tak ada rezeki pula nak dapat yang sedap elok.
Deleteala patut fiza letak gambar keratan buah jambu bol ni... jambu bol ngan jambu air tak sama kan? nampak dari bentuk mcm lainlah sbb kalau jambu air belah atas dia macam kedalam sikitkan. kalau ammi pulak dah lama teringin nak makan jambu batu yg kecik2 tu. size besar2 bola pingpong je
ReplyDeleteAla tulah, masa nak buat entry pun terfikir kenapalah tak ambil gambar keratan buah kan. Tak sama. Biji jambu ni pun besar dan keras.
DeleteBuah jambu batu yang kecil-kecil tu macam tak pernah jumpalah pulak.
Payah dah nak jumpa jambu bol segar sekarang. Moga cepat dapat hasil pencarian jambu bol idaman tu!
ReplyDeleteBetul tu. Harap dapatlah nanti. InsyaAllah..Aamiin...
DeleteTerima kasih.
Kak SA suka..dan tgh mencari jugak...susah nak jumpa..lagi satu jambu susu jenis yg sama tapi warna putih dan panjang-panjang skit sizenya...rare dah jambu2 ni..pokok pun dah pupus kebanyakkannya...
ReplyDeleteA'ah jambu susu tu pun sedap juga. Kat Seremban ni lagi lah payah nak cari kan.
DeleteMacam pertama kali nampak jambu bol. Maknanya betul susah hendak jumpa.
ReplyDeleteKasihan Aphizha dapat banyak jambu bol tidak elok. Harap-harap boleh jumpa lagi.
Ye, susah sangat nak jumpa buah ni. Harap begitulah dapat beli yang elok dan sedap.
DeleteTak pernah makan Jambu ini.
ReplyDeleteJambu rare ni. Susah nak dapat. Mungkin sebab tu ramai yang tak pernah makan.
Delete