Suka yogurt? Saya penyuka yogurt tak kiralah perisa apa pun. Kalau makan greek yogurt kena makan dengan buah lah tapi. Baru boleh telan tanpa perlu dipaksa.
Salah satu jenama yogurt yang saya suka, yogurt keluaran jenama Farm Fresh. Sekarang dah banyak produk keluaran Farm Fresh ni selain susu. Butter pun ada!
Greek yogurt ni plain tanpa gula tambahan. Pilihan yang lebih baik sebab lebih rendah gula berbanding yogurt versi campuran buah-buahan.
Greek yogurt kaya dengan protein, kalsium dan probiotik yang baik untuk menyokong kesihatan tulang, otot serta sistem penghadaman.
Antara ciri utama greek yogurt adalah :

- Diperbuat daripada susu segar.
- Tekstur lebih pekat dan berkrim kerana proses penapisan yang mengurangkan whey.
- Biasanya mempunyai kandungan protein lebih tinggi berbanding yogurt biasa.
- Mengandungi kultur bakteria hidup yang baik untuk sistem penghadaman.
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan buah, granola, oat dan madu.
- Perlu disimpan dalam peti sejuk.

Beli yang besar terus untuk stok beberapa hari. Makan dengan pelbagai jenis buah-buahan pun boleh. Tapi bila dah campur buah-buahan derhaka pula versi diet ye. Kena pilih buah-buahan yang sesuai untuk diet.

1 Comments
dah berusia mcm saya ni kene la mulakan diet pemakanan sihat. selalunya tak tau nak makan ape, nak membaca plak malas. mungkin bole cuba dengan yogurt ni dulu...
ReplyDelete