Awal betul subuh di Batam ni, jam 4.46 pagi. Yelah, sejam awal daripada waktu Malaysia. Bangun awal dan diluar hujan turun. Semalam pun mendung. Nampaknya tak ada rezeki lah nak buat timelapse cantik harini sebab cuaca kelam.
Buat jugalah sebentar cuma. Bersiap awal untuk turun breakfast. Sementara tunggu Encik Suami siap layan permandangan di luar. Nampak di bawah tu ada aktiviti run melalui depan hotel ni. Waktu saya ambil gambar ni tak kelihatan kelibata mereka. Silap timing pula.

Dah siap kami ke bilik mak. Mak pun dah ready dengan anak-anak buah. Kami turun dululah. Adik ipar, isterinya dan baby mereka turun kemudian. Bawa mak dan anak-anak buah turun dulu sebab mak kena makan awal nak makan ubat. Lessgooo...

Ingatkan harini nak makan mihun goreng yang sedap semalam tu. Tak ada pula. Dia rotate menu rupanya. Jadi, ambil menu yang berbeza daripada semalam.
Nasi goreng pun lain sikit rupa dia. Ambil isi ikan asam. Ikan apa pun tak tahulah. Tapi dia tulis ikan asam. Rasa ikan dia macam ikan masak cuka.

Encik Suami ambil classic french omelette style yang super gebu ni. Anak buah pun suka sebab tu ambil lebih. Tak payah nak dua tiga kali bangun pergi ambil. Makanan sihat di waktu pagi.

Semalam nak ambil spaghetti dah habis pula dalam tray, lepas dia dah refill saya dah kenyang pula. Jadi harini ambillah spaghetti, sosej, baked bean dan kentang di bawahnya.


Lepas tu barulah berehat je di bilik sementara tunggu check out. Tak ada plan nak jalan kemana pun. Tiba-tiba adik ipar call bagitahu nak check out jam 10 pagi macam tu. Encik Suami kata takpe, pergilah nak jalan dulu. Nanti ambil kami check out jam 12 tengah hari. Okay, deal!

Berat luggage masing-masing sebab bawa kek lapis. Ini kalilah kita borong kek lapis. Next time kalau pergi lagi, beli sikit je.
Merasmikan rok panjang Uniqlo beli semalam. Sukalah dengan kain linen Uniqlo ni. Bila entah nak sampai Malaysia design ni. Mujur dapat beli kat Batam.

Sementara tunggu adik ipar sampai ke hotel semula, kami tunggu di lobby hotel. Dia ada buat pesanan grab juga beli Chikuro dan hantar ke hotel. Semalam nak beli ramai orang beratur. Jadi, beli by grabfood delivery je lah.
Chikuro antara makanan wajib beli di Batam ni. Sedap uiii...sampai Malaysia baru saya makan. Dah tu lupa nak ambil gambar pula. Haiyaaa...

Encik Suami ambil classic french omelette style yang super gebu ni. Anak buah pun suka sebab tu ambil lebih. Tak payah nak dua tiga kali bangun pergi ambil. Makanan sihat di waktu pagi.

Semalam nak ambil spaghetti dah habis pula dalam tray, lepas dia dah refill saya dah kenyang pula. Jadi harini ambillah spaghetti, sosej, baked bean dan kentang di bawahnya.

Sedap semuanya. Licin pinggan. Ikutkan sedap dia, nak je tambah tapi kita ni jenis bukan makan banyak. Cukuplah buat rasa-rasa sikit.
Disebabkan semalam dah terkena kuih muih manis sangat. Jadi, harini tak ambil kuih muih tu. Tapi Encik Suami ambil pula segala pastry ni.
Disebabkan semalam dah terkena kuih muih manis sangat. Jadi, harini tak ambil kuih muih tu. Tapi Encik Suami ambil pula segala pastry ni.
Saya ambil gambar dan rasa roti yang panjang tu je. Roti keju kot nama dia. Rasa keju dan agak rapuh. Bila makan berderai sikit. Yang lain Encik Suami dan anak buah makan habiskan.

Usai makan naik ke bilik. Kena turun semula sebab nak ambil kue lapis Alya yang dibeli semalam tu. Mereka hantar di lobby hotel.
![]() |
| blackpink |
Kita santai je lah di hotel. Kemas barang awal, nanti tak kalut. Hampir jam 12 tengah hari baru turun ke lobby untuk check out.

Berat luggage masing-masing sebab bawa kek lapis. Ini kalilah kita borong kek lapis. Next time kalau pergi lagi, beli sikit je.
![]() |
| Shades of blue |
Merasmikan rok panjang Uniqlo beli semalam. Sukalah dengan kain linen Uniqlo ni. Bila entah nak sampai Malaysia design ni. Mujur dapat beli kat Batam.

Sementara tunggu adik ipar sampai ke hotel semula, kami tunggu di lobby hotel. Dia ada buat pesanan grab juga beli Chikuro dan hantar ke hotel. Semalam nak beli ramai orang beratur. Jadi, beli by grabfood delivery je lah.
Chikuro antara makanan wajib beli di Batam ni. Sedap uiii...sampai Malaysia baru saya makan. Dah tu lupa nak ambil gambar pula. Haiyaaa...
Bersambung...


2 Comments
Wah nasgor + mie, mirip seperti saya ni mbak kalau tiap makan di hotel. Sering menggabungkan 2 item tu, hihihi
ReplyDeletebaca ni, jadi kepingin nginap di hotel lagi. Sudah lama rasanya
Ye, mesti ambil dapat rasa dua-dua tu kan. Bolehlah nanti plan-plan menginap di hotel.
Delete