Jun 2026 | Okay dah masuk cerita bulan Jun, lagi sikit lagi nak menghabiskan cerita yang tertangguh. Maaflah ye, laju sikit update bulan Julai. Tak sempat tarik hand brake. hihi...

Blogwalking je pelan-pelan kayuh lagi. Okay sambung cerita braces edisi bulan Mei-Jun. Biasanya appointment hujung bulan tapi sebab kita dah drag ke awal bulan sejak raya haritu klinik cuti lama. Jadi, slot weekend tu cepat je penuh.

It's okaylah. Janji kita tak skip appointment sudahlah ye. 

Macam biasalah, daftar bagi kad pengenalan dan kad appointment. Set tarikh appointment seterusnya dan pilih getah O-ring. Saya masih setia memilih warna blackcurrent. Tak nampak dah warna lain yang lebih menarik yang lain selain warna blackcurrent ni.

Braces Review Setahun 11 Bulan Mei-Jun 2026

Doktor kata dah tak ada apa nak diperbetulkan dah gigi saya ni. Gigitan dan susunan pun dah cantik. Boleh buka braces next appointment atau next next appointment. Kalau next appointment, rawatan macam biasalah braces monthly review tukar getah O-ring macam biasa.

Kalau tidak, debond dan kena bayar baki braces yang masih tinggal tu sekali bayar dengan retainer. Takpe, doktor suruh fikir dulu dan nanti boleh inform je melalui whatsapp klinik. Okay baik doktor. Sebulan lagi cukup 2 tahun saya pakai braces. Sudah sampai masanya. I is tak sabar debond!