Dari hotel, adik ipar terus menuju ke destinasi terakhir kami sebelum balik Malaysia iaitu Rumah Makan Arai Pinang untuk makan tengah hari.

Rumah Makan Arai Pinang ni salah satu tempat makan popular di Batam yang menghidangkan nasi padang authentic. Macam biasa hidangan nasi padang dihidangkan di atas meja. Kami disambut mesra oleh pekerja kedai dan duduk di dalam. Ada penghawa dingin.

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Arai Pinang Dan Balik Malaysia

Saya hanya makan sikit je. Rasa ayam pop dan sayur sikit. Bukan tak selera makan tapi masih rasa kenyang breakfast pagi tadi

Usai makan, terus ke Terminal Feri Harbour Bay. Sebelum tu singgah isi minyak kereta dulu, pesan penyewa. Kereta parkir je di terminal.

Tiket kami petang, jadi sementara tunggu jalan-jalan kejap di sekitar terminal feri ni tengok apa yang ada.

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Arai Pinang Dan Balik Malaysia

Waktu balik duduk tengah pula. Yang lain duduk tepi tingkap. Abang dapatlah oleh-oleh dari Batam, beli tengkolok ni. 

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Arai Pinang Dan Balik Malaysia

Kami duduk betul-betul depan kaunter, jual mi segera ni. Baru buka kedai, anak buah dah order sebungkus. Si kakak tidur kepenatan. Bateri dah habis agaknya.

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Arai Pinang Dan Balik Malaysia

Cuaca tak berapa baik, hujan. Tak berpeluanglah kami nak naik ke atas feri. Perjalanan pula delay sebab belting putus. Itu apa yang saya dengar lah sebab duduk depan kan. 

Lepas tu feri kembali laju semula bila masalah selesai. Dah delay, lambatlah kami sampai ke Terminal Feri Pasir Gudang.

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Arai Pinang Dan Balik Malaysia

Alhamdulillah..selamat sampai di Pasir Gudang, Malaysia. Tamat sudah alkisah percutian kami di Batam, Indonesia. Ada rezeki boleh kembali lagi. See ya when I see ya.

Itinerary Percutian di Batam 3 Hari 2 Malam

Day 1


Day 3