Mac 2026 | Orang luar FOMO dengan emas murah di Kuala Pilah. Sepanjang jadi menantu orang Pilah, tak pernah lagi beli emas di Kuala Pilah. Cuma pernah sekali je lah pergi kedai emas kat Kuala Pilah nak potong gelang emas tapi dia tak buat katanya.

Tak buat ke malas entahlah. Setahu saya ada tukang emas kat setiap kedai kan. Mungkin tak nak layan kita. Nak layan orang beli emas je kot agaknya. Kecewa betul masa tu. Terus tak pandang dah kedai emas situ.

Masa tengah FOMO emas murah Kuala Pilah tu, saya perasan Emas Nur Jannah ada update rantai dengan harga berpatutan. Kira dalam lingkungan bajet saya lah. Alang-alang ada kat Kuala Pilah tengah buat persiapan raya, ajak Encik Suami ke kedai Emas Nur Jannah lah kejap.

Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah

Jari berkunyit sebab baru lepas kupas bawang, halia, lengkuas dan kunyit untuk buat rendang. Gigih juga pergi kedai emas. Haha..tak malu betul jari berkunyit. Lantak situ, kita nak beli emas.

Punyalah ramai orang ye sampai kena menunggu giliran. Tak membelek lama sebab saya dah save siap-siap post gelang yang saya nak tu. Cuma tinggal cuba di tangan je lah. Adjust saiz beberapa kali baru dapat saiz gelang yang saya nak. 

Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah

Pilih design yang timeless dan evergreen macam ni. Rantai tangan lipan orang panggil, jenis hollow tak padu. Berat pun 4 gram lebih. Ada rezeki nanti bolehlah beli yang padu pula. 

Tapi nak beli Habib. Habib tak ada design lipan macam ni murah-murah. Ada pun yang padu dan berat-berat. Kita mampu tengok je dulu.

Saya trade in gelang lama dan tambah beberapa ratus je untuk gelang baru. Baru padan sikit kedua-duanya buat stacking. Masa ni emas masih RM5++ murah lagi berbanding Habib jewels RM6++.

Beli emas di Kedai Emas Nur Jannah ni ada akad jual beli emas. Layanan pun bagus. Baru je bertapak di Kuala Pilah beberapa tahun lepas. Perasan masa tu kat tempat lama. 

Sekarang dah berpindah tempat dekat traffic light simpang empat. Parkir kat belakang sebab depan kedai tu jalan utama tak boleh parkir.

Selain Kedai Emas Nur Jannah, ada kedai emas Annuar juga sebelah bangunan kedai emas Nur Jannah. Selain tu kedai emas milik orang Cina. 

Kalau tengok TikTok Emas Nur Jannah, hari-hari dorang update harga emas terkini. Kalau tengah harga murah tu puas hati membeli.