Lepak Makan Dan Mengopi Di Kebun Haus Recreational and Cafe

Hujung minggu lepas sempat juga melepak makan dan mengopi di Kebun Haus Recreational and Cafe di Sulir, Segamat, Johor. Dah lama menyimpan hasrat nak datang sini. Tapi itulah tak kesampaian. Ada je urusan yang tak terduga. 

Alang-alang dapat balik kampung Segamat, kita singgahlah walau sekejap cuma. Nak mengopi je tujuan utama dia sambil menikmati suasana cafe dalam kebun.

Kebun Haus Recreational and Cafe Segamat, Johor

Kebun Haus terletak di Kampung Sulir, Segamat, Johor berdekatan Pekan Jabi. Kebun Haus berkonsepkan glamping. Dalam masa yang sama cafe dibuka untuk orang awam berkunjung. Pengunjung cuma dibenarkan untuk makan dan minum di cafe sahaja. Tidak dibenarkan untuk melawat kawasan glamping atau swimming pool untuk menjaga privasi mereka yang glamping di Kebun Haus.

Siapa yang suka camping tu bolehlah cuba glamping di Kebun Haus. Mula mula masuk disebelah kanan, tuan tanah punya rumah atau tempat bersantai mungkin. Tiny house concept mungkin. Cantik seni binaan dengan kemasan desain industrial menggunakan batu bata merah.

Ditambah dengan dekorasi vespa nampak klasik. Elemen klasik dan moden bergabung. Aesthetic!

kebun haus recreational and cafe

Recommended menu by Kebun Haus. Tapi saya tak order yang ni lah sebab tak rasa nak telan cheese. Datang pun tea time macam tu. Nak makan something untuk tekak kampung je.

kebun haus recreational and cafe

Sistem order tulis menu pada kertas dan berikan pada waiter. Sistem mudah. Panggil je kalau nak order dan dah siap order. Jangan pulak cakap anne, roti satu! Salah salah, itu kedai mamak.

Sementara tunggu order, kita jamu mata dengan panorama Kebun Haus yang tak jemu mata memandang. So tenang. Tenang is good!

kebun haus recreational and cafe

Tak jauh dari meja kami, boleh nampak swimming pool Tak bolehlah nak lepak tepi swimming pool sebab untuk tetamu yang glamping je. 

Rasa macam tak privasi je kalau glamping kat sini mandi manda dengan ramai pengunjung di cafe. Segan. Tapi kalau tak segan boleh mandi pagi sebab cafe ni buka pukul 4:00 petang sampai 10:00 malam. So saya kira masih ada privasi lah juga untuk tetamu. 

kebun haus recreational and cafe


kebun haus recreational and cafe

Laluan ke glamping kena melalui cafe. Strict untuk tetamu sahaja. Pengunjung tak boleh suka suki masuk ke kawasan glamping. Kita tengok dari jauh je lah suasana glamping Kebun Haus ni.

kebun haus recreational and cafe

Berdekatan dengan meja kami ada reban ayam dan burung. Ambil gambar dari jauh je lah. Punyalah malas nak bangun, zoom je sudah. Ada beberapa jenis ayam dan burung. 

kebun haus recreational and cafe

Saya order salted caramel latte panas. Macam lama tak order minuman kopi latte panas. Kita cubalah rasa sedap ke tidak. Yes! Sedap! Minuman latte panas ni terpaling suka tengok art tu selain rasanya yang sedap.

kebun haus recreational and cafe menu

Secawan salted caramel latte panas, RM11.

Saya order juga lempeng kebun. Signature lempeng kebun haus agaknya kot sebab diberi nama lempeng kebun. 2 keping gulungan lempeng dengan 2 jenis kuah iaitu sambal dan kuah kari. Lempeng kebun harga RM5.90.

Rasa lempeng yang sedap, ada rasa crispy sikit jadi sedap. Kuah kari dia saya suka, tak terlalu kuat karinya. Just nice. Tapi kuahnya sikit pulak. Sambal tu tak berapa nak menepati selera tekak, agak cair sikit. 

kebun haus recreational and cafe menu

Encik suami order dark mocha, harganya saya ingat ingat lupa. Lebih kurang RM12-RM13 macam tu kot. Kalau silap, maafkan saya ye. Untuk rasa dia saya lupa dah sebab rasa sesedut je. 

kebun haus recreational and cafe menu

Encik suami order nasi lemak. Apoo baru lepas makan nasi makan nasi lemak. Nak cuba rasa katanya. Tertarik dengan butterfly pea. Nasi lemak warna biru ala nasi kerabu. Portion yang agak banyak juga dan nasi lemak lengkap dengan condiments nya.

Sambal nasi lemak sama dengan sambal lempeng. Kurang menepati, sambal lempeng encik suami habiskan sebab sambal nasi lemak ni agak sikit. Mungkin sebab cair kot. Ada hikmahnya saya tak makan sambal tu sebab encik suami boleh topup sambal nasi lemak dia ni.

kebun haus recreational and cafe menu

Alhamdulillah..licin pinggan kami. Habis dimakan. Lempeng dengan kuah kari memang sedap. Cuma sambal je lah kurang sikit. Tapi taklah teruk, boleh je dihabiskan. 

Untuk food presentation & plating boleh diberikan pujian. Alas daun pisang kampung vibes kena dengan suasana kebun. Kebun Haus ada menu tradisional dan juga western. Banyak pilihan. Harga makanan dan minuman pun standard cafe. 

kebun haus recreational and cafe

Di Kebun Haus juga menyediakan ruang untuk solat dalam Khemah seperti dalam gambar di atas.

Lokasi Kebun Haus Recreational & Cafe

GRQ8+3M, Taman Sulir, 85000 Segamat, Johor

Waktu operasi : Rabu- Isnin, 4:00 petang-10:00 malam (Selasa tutup)
website : kebunhaus.com

Next time ada rezeki kita glamping kat Kebun Haus walaupun dekat dengan kampung. Bolehlah feel bercuti juga kan.

6 comments:

  1. wah,,nice nya lepak2 kat situ...sejuk &tenang je..foods pun nampak yummy..coffee lebih2 la lagi kan.... sama, order hot coffee sbb suka tgk art tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice sangat tempatnya. Sesuai untuk staycation n mengopi kat cafe tu.
      kita geng!

      Delete
  2. alaaa kenapa la tempat ni kat segamat hahaha... kita tgh cari glamping are batu pahat ni.. alang2 adik x bole balik KL, tu yg igt kitrg nak turun batu pahat je, nk glamping reramai... huhu tp cafe ni nampak menarik nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu turun Segamat kejap. hihi..glamping ni kalau conquer satu family memang best lah. Kalau terlalu Segamat tu boleh lepak sini kejap.

      Delete
  3. Wah, kebun durian ye, cafe dia. Sedapnya pekena kopi dalam suasana alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kebun durian. Kalau glamping musim durian dapatlah makan durian kat sini. extra charge lah tapi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.