Header Ads


Masalah Blog Lambat Loading Dan Entri Terbaru Bloglist Tidak Muncul

Sejak semalam rasanya dah mula perasan masalah blog saya lambat loading. Nak edit layout blog pun macam slow sikit. Blogspot problems ke macamana? Ke saya je mengalami masalah ni? 

Nak dijadikan cerita,  masa tu baru remove beberapa code dan tukar baru. Ingatkan sebab itu. Rupanya tak! Bila tukar semula, masih lambat loading blog. Aduhai...

Bila ada masalah lambat loading auto rasa stress tiba. Hanya blogger je faham perasaan tu macamana. Selagi tak settle, tak senang duduk dibuatnya. Penat fikir dari semalam. Page views merundum tu biasalah kalau jadi masalah macam ni. Bertabahlah ye.

blog lambat loading

Lepas tu pagi ni saya baru perasan ada beberapa entri terbaru (news feed) blogger lain kat bloglist tak keluar. Hanya tajuk blog je yang keluar. Bila klik link blog kat bloglist yang tak muncul entri terbaru tu, dia akan keluar code banyak² bukan paparan blog.

Dalam kepala ni terfikir, mungkin sebab ini kot blog saya lambat loading. Saya copy dan paste bloglist tempat lain dulu siap-siap. Saya rancang nak buang dulu widget bloglist buat sementara. Nak tengok lepas dah remove widget bloglist okay ke tidak.

Alhamdulillah. syukur lepas dah buang widget bloglist, blog kembali laju loading. Tak lambat dah macam semalam. Tak pasti apa punca masalahnya ada sesetengah blog tak keluar news update tu.

Saya fikir mungkin blog saya lambat loading berpunca dari bloglist yang bermasalah kot. Buat masa sekarang blog saya bebas dari bloglist. Kita tengok jauh mana masalah tu nak pergi. 

Andai jadi lagi, kita check semula try and error lagi. Janganlah kata masalah template blog lagi punca blog lambat loading. Jenuh la nak mencari template dan nak edit bagai. Cukuplah ye wahai blogspot. 

Dahlah tak boleh nak komen guna mobile dah. Suruh sign in padahal kita dah sign in dah. 

Tam pamham lah akum - Daun M

20 comments:

  1. Widget bloglist memang banyak masalahnya Fiza. Kadang boleh buat blog kena malware. Sebab tu akak tak letak bloglist di blog. Nak blogwalking akak baca Dari dashboard je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah tak letak lama. Ingatkan tak muncul lagi masalah macamni. Pasni rasa macam tak letak dah kot. Saya pun baca dari dashboard atau list dalam entri khas.

      Delete
  2. Akak baru tulis pasal ini. Perasan pada dashboard Blogger sendiri pos terbaru akak tidak keluar. Pos sendiri pada bloglist orang pun tidak muncul.
    Ingat letak gambar yang berat tapi tulis yang ringkas tiada gambar pun tidak muncul.
    Harap sementara masalah ini.

    P.S: Pos terbaru Fiza masuk dalam dashboard Blogger akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya, saya perasan blog akak tak keluar update terbaru. Harap cepat selesailah masalah ni.

      Terima kasih kak inform

      Delete
  3. Rasanya problem pd Blogger. Akk pun hadapi masalah yg sama.... stress la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tu jugak kak. Yang guna blogspot kena tempiasnya. Harap cepat settle. Mahunya tak stress..huhu..

      Delete
  4. Yg part sign in tu kita dh lama kena.. X bole nak sign in kalau guna ipad... Yg part loading lmbt tu pun dh lama gak ada isu ni.. Ada beberapa blog yg mmg loading lmbt n x kluar langsung isi kandungan.. Tu tg end up mls nk voew blog2 tu hehe.. So far x pasan plak blog fozah ni ada isu lmbt loading..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tak friendly iOS kot KakRet. Sebab guna iphone dan ipad memang tak boleh. Tak pasti guna android okay ke tak. Saya perasan sehari je blog saya lag. Sekarang macam dah okay semula.

      Delete
  5. samaaaaaa. ingatkan kita sorang je yang hadap masalah ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam semua blogger platform blogspot yang mengalami masalah ni. Harap cepat settle isu ni.

      Delete
  6. saya pun sama keluar macam coding macam2 dekat bloglist..buang satu2 blog yang ada coding..cuma tinggalkan yang ok dulu tengok mcm mane nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far okay tak lepas dah buang blog yang keluar coding tu dan layout okay tak? Bila jadi camni kita kena try and error tengok kat mana problemnya.

      Delete
  7. sama la fizah..akak pun baru hide bloglist kat template..tapi belum buang lagi..layout pun lambat nak bukak, adakah sebab widget bloglist masih ada?

    tu la, jangan la sebab template lagi..asyik kita je nak kena ikut blogspot, cuba kali ni diorang pulak yang setelkan masalah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hide pun sama. Rasanya sebab dalam widget tu ada blog yang bermasalah kot. Lepas tu saya buang terus. Baru okay loading layout. Itulah tu, letih lah kalau selalu camtu, banyak kesannya selain penat nak hadap coding. huhu...

      Delete
  8. Nampaknya semua hadap masalah yg sama.

    ReplyDelete
  9. Haritu sy bukak blog akak pun terkeluo code code.. Fuh.. mmg xde mood bila loading layout tu lamberttt behtols..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke nona? Aduhaiii..masalah betul blogspot ni kan. Itulah tu, terus turun mood nak blogging.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.