Header Ads


Bila OPR Naik, Apa Kesan OPR Kepada Peminjam

Sedia maklum kita tahu yang Kadar Semalaman (OPR) naik 2022. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memutuskan untuk menaikkan OPR iaitu penanda aras untuk menentukan kadar faedah pinjaman bank bertujuan untuk memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.

OPR (Kadar Dasar Semalaman)

OPR adalah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam dalam tempoh satu malam.

Kenaikan OPR dah tentu akan memberikan kesan kepada peminjam kenderaan yang membuat loan kereta, loan rumah dan loan ASBF.

Bila OPR naik, apa yang akan berlaku

  1.  Loan rumah naik
  2.  Loan kereta naik
  3.  Loan ASBF naik

1. Bila OPR naik, loan ansuran bulanan naik, kelayakkan untuk buat loan baru diperketatkan. 

2. Nilai Ringgit jatuh teruk berbanding USD & SGD sebabnya kerajaan United States dan Singapore masing-masing telah menaikkan kadar imbuhan (interest rate) dan perketat syarat pinjaman mereka sebelum kita buat benda sama.

Bila OPR (interest rate) naik, matawang dollar di luar US akan mengalir masuk balik ke US sebab faedah lebih tinggi. Malah, matawang asing pun masuk ke bank-bank Amerika kerana interest rate mereka dinaikkan. Bagi pelabur, the higher the interest rate, lebih untung.

3. Sebagai rakyat Marhaen, apa yang kita kena buat sekarang ialah
  1. Monitor perbelanjaan kita, pastikan ada Positive Cashflow. Sekurang-kurangnya cuba simpan 10% dari duit gaji tiap bulan.
  2. Tanya saudara atau ahli keluarga, takut mereka tak perasan tentang kenaikan pinjaman bulanan ni.
  3. Bila tak bayar penuh/ terkurang, boleh rosakkan CTOS kita.
  4. Berbelanja di bawah kemampuan. Kalau nak beli kereta, pastikan beli tidak lebih dari gaji tahunan.
Contoh gaji : RM2,700
Tahunan : RM32,400

Cari kereta dalam lingkungan harga tersebut. Begitulah yang dikongsikan oleh facebook Nur Hilyati. Semoga bermanfaat untuk semua. In Sha Allah...
Wallahua’lam...

Kenapa OPR naik?

Kenaikan kadar OPR terkini perlu dibuat bagi mengelakkan turun naik harga yang keterlaluan dalam ekonomi, kata Gabenor BNM iaitu Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Kenaikan OPR juga perlu untuk menambahkan kekuatan matawang Ringgit Malaysia. Selain untuk bendung inflasi, kenaikan OPR secara tak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Kadar OPR terkini

Pelarasan yang dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dengan menaikkan OPR pada mesyuarat 11 Mei dan 6 Julai lalu masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus bertujuan membantu mengelakkan permintaan dalam negeri yang berlebihan, yang boleh menambah tekanan inflasi.

Kadar OPR terkini September 2022, OPR naik lagi daripada 2.25 kepada 2.50

kadar opr terkini
sumber : Bank Negara Malaysia

Langkah menaikkan kadar itu juga adalah bagi mengelakkan kenaikan kadar faedah pinjaman bank lebih agresif pada masa hadapan. Bagi menangani krisis ekonomi ketika pandemik COVID-19, pengurangkan OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif daripada 3.00 peratus kepada 1.75 peratus (sejak 7 Julai 2020), iaitu paras OPR yang terendah dalam sejarah.

Meskipun ada pelarasan, dasar monetari akan tetap kekal akomodatif pada tahun ini bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pada masa yang sama memastikan kestabilan harga.

Keadaan ekonomi seperti itu memerlukan sokongan yang ketara semasa krisis. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil pelbagai langkah drastik, termasuk mengurangkan OPR ke paras yang terendah dalam sejarah. Kini, ekonomi semakin pulih.

Kesan OPR kepada pinjaman

Kesan kenaikan kadar faedah berikutan pelarasan OPR kepada peminjam adalah terhad, terutama kepada kumpulan yang berpendapatan rendah kerana OPR hanya memberi kesan kepada bayaran balik pinjaman kadar terapung, seperti pinjaman perumahan.

Bagi peminjam pinjaman kadar terapung (seperti pinjaman perumahan), kenaikan bayaran balik bulanan tidak akan meningkat secara ketara.

Bantuan disediakan untuk golongan berpendapatan rendah

Bantuan masih disediakan untuk golongan ini, termasuk pelbagai kemudahan di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khidmat nasihat dan bantuan di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang sedia ada untuk isi rumah dan PKS iaitu Program Pengurusan Kredit (PPK) dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK)

sumber : bharian

Sungguh, kehidupan sekarang semakin banyak cabarannya bila serba serbi ada kenaikan harga. 

8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..lega kalau dah habis bayar loan ni kan.

      Delete
  2. alhamdulillah, sekarang ini saya bebas dari segala pinjaman bank. Kesian kat anak anak saya la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..senang macam tu tak ada komitmen lain. Zaman sekarang ni serba serbi kena buat loan. Bertabahlah nak membayarnya ikut tempoh

      Delete
  3. Kesan jangka panjangnya nanti harga barangan pun naik lagi

    ReplyDelete
  4. Memang kena menyimpan walaupun sedikit.. Tambah sekarang dah nampak harga barang naik tak agak-agak..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KakSha. Nak beli barang pun kena fikir banyak kali.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.