6 Formula Doa Yang Boleh Diamalkan

Doa adalah senjata bagi orang Mukmin dalam keadaan susah mahupun senang. Doa merupakan ubat paling hebat bagi orang yang dalam kesusahan dan juga perlindungan bagi orang yang lemah. Tidak ada seorang pun yang tidak pernah berdoa.

doa doa yang boleh diamalkan

Doa

Doa merupakan satu bentuk permohonan dan kerendahan hati seorang hamba kepada pencipta.

Dengan banyak berdoa dan memohon kepada Allah SWT disertai dengan usaha yang tidak mengenal erti lelah itu sebenarnya satu jalan penyelesaian kepada setiap masalah.


Jangan pernah berhenti berdoa. Berdoalah...

Tapi jangan kita lupa fungsi berdoa itu meminta, bukan memaksa. Allah maha mendengar, mintalah…

Doa, jika kita betul-betul amalkan boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik dengan izin Allah SWT. The power of doa hanya Allah maha tahu akan segalanya. Allah akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya. 

Formula Doa 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.

Faham faham? Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

Formula Doa 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

Formula Doa 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHI rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Formula Doa 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah. 

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

Formula Doa 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

Formula Doa 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Antara waktu-waktu mustajab untuk berdoa

Di sepertiga malam di saat kita sedang bangun untuk solat malam, antara azan dan iqamat, ketika bersujud dalam solat, ketika hujan turun adalah di antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Banyak lagi waktu mustajab untuk kita berdoa dan carilah masa-masa sesuai untuk memohon kepada Allah SWT. Berdoalah apa saja dan dengan cara bagaimana sekalipun, kerana Allah faham apa yang kita ingin sampaikan.

Semoga bermanfaat. 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.