Header Ads


Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Bulan September 2022

Bulan September 2022, rakyat Malaysia akan mendapat bantuan dari Kerajaan seperti dalam senarai belanjawan 2022. Antara senarai bantuan untuk rakyat Malaysia bulan September 2022 adalah :

senarai bantuan kerajaan bulan september 2022

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia September 2022

1. BKM (Bantuan Keluarga Malaysia)


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dijangka akan dibayar kepada penerima pada minggu kedua bulan September 2022. 
pembayaran fasa 3 BKM berkemungkin akan diterima oleh para penerima BKM pada 5-8 September 2022. Ianya bersamaan hari isnin-khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.

Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi yang diiumumkan.Ianya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Sama-sama tunggu sebarang pengumuman daripada BKM.

Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Peranti Siswa

Pelajar yang lulus permohonan peranti siswa akan menerima sebuah tablet jenama Samsung model Samsung Tab A8 LTE.

Permohonan dibuka sehingga 30 September 2022. Boleh buat permohonan menerusi portal PerantiSiswa K-KOMM : https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

PerantiSiswa

Pembekalan Tablet Di Bawah Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

3. Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan pembayaran buat warga emas akan diteruskan pada bulan September 2022 ini. Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat pemohon
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
1. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara mohon bantuan warga emas
Pemohon perlu membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

4. mySalam

Penerima yang lulus mySalam, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. Ini antara senarai bantuan covid 2022.

mySalam
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

5. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)

Golongan OKU yang bekerja akan tetap menerima elaun bulanan mereka yang berjumlah sehingga RM450 sebulan. 

Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerja layak mendapat elaun bulanan daripada JKM dengan bayaran sebanyak RM450 sebulan.

Syarat-syarat kelayakan permohonan elaun pekerja OKU
  1. Seorang warganegara Malaysia
  2. Bekerja di Malaysia
  3. Berumur 16 tahun dan ke atas.
  4. Merupakan pemegang kad OKU JKM
  5. Pendapatan bulanan bawah RM1500
  6. Mana-mana yang layak dipertimbangkan dengan kelulusan.

Cara Mohon Elaun Pekerja OKU
Datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran. Bawa bersama salinan IC, salinan kad OKU, salinan IC suami atau isteri jika berkaitan, anak-anak dan juga slip gaji terkini.

Atau bawa bersama mana-mana dokumen yang berkaitan.

Pelanjutan Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai bukan satu bentuk bantuan kewangan, tapi satu pelepasan yang tidak patut diabaikan. Buat mereka yang membeli komputer, tablet atau telefon pintar pada bulan ini. Sila simpan resit bagi mendapatkan pelepasan cukai individu kerana pelepasan cukai akan berakhir pada 31 Disember 2022 nanti.


sumber : portalsemakan

2 comments:

  1. Ya ampuuuun point yg trakhir oke siiiih , enak juga bisa dpt pelepasan cukai dr pembelian gadget ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. bantuan2 lain kayak di atas, Indonesia juga ada, cuma yg pelepasan cukai ini tak de.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay sangat kan. Kurang sikit keluar duitnya. Kalau ada pelepasan ni kat sana tentu seronok.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.