Header Ads


Ubi, Juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) 2022

Pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 Akhir yang disiarkan secara lansung pada hari Jumaat, 23 September 2022 pukul 9.00 malam tadi telah melabuhkan tirainya. Keputusan Muzikal Lawak Superstar 2022 akhir telah pun diketahui.

Tahniah kumpulan Ubi! Juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) 2022 yang berjaya bergelar juara menewaskan 3 kumpulan yang lain serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000.

Kumpulan Cili berjaya mendapat tempat naib juara meraih kemenangan RM75,000. Tempat ketiga pula milik kumpulan Bahroy memenangi RM50,000 dan tempat kumpulan Ood membawa pulang wang tunai RM25,000.

Superstar paling gempak di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 milik Shiha Zikir dari kumpulan Cili.

juara muzikal lawak superstar 3

Tahniah untuk semua pemenang Muzikal Lawak Superstar 3. Kumpulan Ubi maintain setiap minggu dengan lawak berserta message. Cuma masa suku akhir dan separuh akhir tu agak down sikit. 

Pusingan pertama tema benua, kumpulan Ubi dapat standing ovation dari juri. Lawak fresh dan terhibur.

Pusingan kedua, Dato’ Awie berikan standing ovation untuk kumpulan Cili.

Tema 1 : Benua 
Ood : Eropah (4 star)
Cili : Afrika (4 star)
Bahroy : Amerika (4 star)
Ubi : Australia (5 star)

Tema 2 : Bebas
Ood : 4 star
Cili : 4 star
Bahroy : 4 star
Ubi : 5 star

Keputusan penuh Muzikal Lawak Superstar 3 Akhir 2022

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM50,000 dan RM25,000.

Selain wang tunai, pemenang juga akan menerima trofi.

Juara : Ubi
Naib Juara : Cili
Ketiga : Bahroy
Keempat : Ood
Superstar paling gempak : Shiha Zikir (Cili)

4 comments:

  1. dah lama gila la tak tengok reality show komedi camni..tapi sekali layan kat youtube nanti bole melekat nak tengok semua episod..congrats Ubi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan yang best best je kat Youtube kadang kalau ada masa. Final ni baru dapat layan semua. Ubi memang best!

      Delete
  2. Tahniah kumpulan Ubi
    Wak tak pernah menonton Muzikal lawak ni
    Tadi sempat juga tenguk persembahan akhir Kumpulan Ubi ni kat youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok akhir wak. Yang mingguan tu tengok mana kumpulan yang best je :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.