Responsive Ad Slot

Slider

Telefilem Wali Jantan Semantan

wali jantan semantan wali jantan semantan full movie telefilem wali jantan semantan telemovie wali jantan semantan wali jantan semantan tv 1 rtm tv1
Tonton Telefilem Wali Jantan Semantan pada hari Sabtu 17 September 2022, pukul 9:00 malam
di saluran TV1. Telefilem Wali Jantan Semantan, sebuah telemovie khas sempena Hari Malaysia yang ditulis dan diarah oleh Sabri Yunus mengisahkan perjuangan rakyat Pahang ketika menentang pihak komunis dan usaha mereka dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Telemovie Wali Jantan Semantan arahan Sabri Yunus ini juga merupakan telemovie adaptasi Teater Lembah Semantan Mei 1955 idea asalnya dari Ludin Nuawi yang menampilkan barisan pelakon terkenal Aedy Ashraf, Nad Zainal, Fezrul Khan, Ika Nabella dan Saidi Sabri yang juga merupakan anak kepada Sabri Yunus.

telefilem wali jantan semantan

Penggambaran Telemovie Wali Jantan Semantan dijalankan di sekitar Kerdau dan Kuala Krau, Temerloh yang mengetengahkan dialek loghat Temerloh, Pahang.

Wali Jantan Semantan menunjukkan semangat cintakan negara, seorang pemuda berjaya mengatasi cabaran serta menghapuskan anasir komunis yang menular di kawasan kampungnya. Plot kisah menarik menyuntik semangat kemerdekaan kepada semua agar cintakan negara.

Pada ketika itu juga, wanita turut serta menjadi Home Guard dan diberi latihan menembak demi mempertahankan tanah air tercinta semasa serangan komunis. Terpaksa meninggalkan tugasan dapur dan menjaga anak bersama kaum lelaki berjuang di medan tempur.

Boleh tonton Telemovie Wali Jantan Semantan menerusi portal online, RTM klik (rtmklik.rtm.gov.my). Juga boleh tonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Tarikh 29hb Feb 1956 bersamaan 8 rejab 1375 Hijrah
YM Tunku Abdul Rahman akan mengumumkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! - Tengku Long

 

TELEFILEM WALI JANTAN SEMANTAN

Waktu siaran : Sabtu, 17 September 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV1
Idea asal : Ladin Nuawi, skrip teater Lembah Semantan Mei 1955
Penulis skrip : Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Layar Emas Studio
Terbitan : Heritage Movies Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM WALI JANTAN SEMANTAN

  • Aedy Ashraf sebagai Wan Hakim
  • Nad Zainal sebagai Wan Shamsiah
  • Fezrul Khan sebagai Tengku Long
  • Ika Nabella sebagai Asmah
  • Saidi Sabri (anak sabri yunus) sebagai Mahadi
  • Ungku Hanafi Ungku Harun @ Pok Ku Redang sebagai Tok Empat
  • Laila Nasir sebagai Mak Aji
  • Anne Abdullah sebagai Mak Engku
  • Sharifah Shahora sebagai Mak Jah
  • Roslan Madun sebagai Pak Wan
  • Issey Fazlisham sebagai Wan Nawang
  • Rushdi Darikah sebagai Bah Jebal
  • Rawi Muhamad sebagai Lan
  • Hozey Azahari sebagai Tok guru silat
  • Ladin Nuawi sebagai Tukang pandai besi
  • Nordin sebagai ayah Mahadi
  • Awang Abdullah sebagai Tok Batin
  • Shamruzaimi Mohamed Nor sebagai Pembantu Tok Empat
  • Adik Dhia Darissa sebagai Tengku Chik

SINOPSIS TELEFILEM WALI JANTAN SEMANTAN

Kisah watak utama Tengku Long, seorang pemuda berjuang memimpin penduduk kampungnya untuk mencapai kemerdekaan dan bertekad untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasan Semantan.

Beliau juga diuji apabila cinta hatinya berkahwin dengan orang lain. Namun atas semangat cintakan negara, beliau berjaya mengatasi cabaran serta menghapuskan anasir komunis yang menular di kawasan kampungnya.

Beliau dibantu oleh seorang pemuda, Wan Hakim yang tetap setia menyokongnya walaupun Tengku Long berkahwin dengan Asmah, wanita yang bercinta dengan Wan Hakim.

Sementara itu, Wan Nawang mati ditembak komunis dan meninggalkan seorang balu iaitu Wan Shamsiah yang terus bersemangat untuk berjuang menentang komunis. Wan Hakim terkejut apabila melihat rakan silatnya, Mahadi belot dan menyokong pihak komunis dalam satu kejadian tembak menembak.

Ibu Wan Hakim mencadangkannya untuk berkahwin dengan Wan Shamsiah yang berstatus janda dan bersemangat sebagai pejuang kemerdekaan. Wan Shamsiah mula sukakan Wan Hakim selepas insiden mereka bertempur dengan komunis tempoh hari.

Wan Hakim juga berjaya menyelamatkan Tengku Long ketika komunis mengepung beliau di hutan dan Tengku Long teruja dengan keberanian Wan Hakim. Tiba-tiba Wan Hakim bersama Wan Shamsiah diculik oleh pihak komunis dan dibawa berjumpa dengan Mahadi.

Ketika itu Wan Hakim cuba berjuang untuk menewaskan Mahadi dalam satu pertarungan dan kemudiannya menewaskan komunis-komunis yang lain. Penduduk kampung mendapat maklumat bahawa mereka bakal mencapai kemerdekaan dan melaungkan ‘Merdeka’ di hadapan tiang bendera yang dipacak oleh Wan Hakim.

Bagaimanakah detik-detik yang terpaksa dilalui mereka sebelum sama-sama dapat melaungkan ‘Merdeka’? 

Ikuti kesudahannya di TV1 RTM.

MUZIK LATAR TELEFILEM WALI JANTAN SEMANTAN

Lagu : Titik Dingin Damai
Penyanyi : Titik Dingin Damai
0

No comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu