Tonton Drama Rampas Cintaku

Tonton Drama Rampas Cintaku adaptasi novel 'Rampas Cintamu' karya Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus dibintangi pelakon Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin. Drama Rampas Cintaku episod 1 mula bersiaran pada 23 September 2022 pukul 9:00 malam di platform penstriman iq.com.


drama rampas cintaku

DRAMA RAMPAS CINTAKU

Jumlah episod : 19
Mula siaran : 23 September 2022
Waktu Siaran : Jumaat dan Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : iQIYI Malaysia (iq.com)
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Productions

PELAKON DAN WATAK

  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Zarynn Min
  • Puteri Balqis Ashikin
  • Aidil Aziz
  • Datin Fadhillah Mansor

SINOPSIS RAMPAS CINTAKU

Kisah seorang lelaki muda bernama Rizal (Afieq Shazwan), yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dan dibesarkan oleh ibu saudaraya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Rizal terpaksa menanggung adiknya Rina dan Mak Mgah Ila.

Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata mahu membayar hutang yang dipinjam. Desakan itu membuatkan Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur mengikut kawan baiknya, Ashraf (Ady Mohammad) dan bekerja di kelab malam.

Di kelab malam, dia bertemu dengan wanita kaya iaitu Datin Safieya (Fasha Sandha), seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya dimana ketika itu dia sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri.

Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya.


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.