Header Ads


Perbualan Harian Normal English Vs Better English

Kagum dengan budak-budak kecil yang dari kecilnya dah pandai cakap bahasa Inggeris/English. Berhabuk speaking London! Dia punya slang Englih ala Mat Salleh betul. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tapi dalam masa yang sama bahasa ibunda kita Bahasa Melayu jangan dilupakan. Siapa lagi yang nak memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan orang Malaysia sendiri terutamanya orang Melayu. Ikut manapun orang Melayu mesti fasih berbahasa ibunda dahulu. 

Orang Malaysia kebanyakkannya tahu asas bahasa Inggeris. Setakat yes no left right tu tahulah kan. Asalkan ada asasnya pun okaylah. Sekarang pun ramai orang asing suka datang Malaysia. Salah satu faktornya sebab makanan Malaysia sedap-sedap.

Saya suka tengok channel YouTube Kouji Jepun, NobuShun World (Nobu, Shun, Poko), Gink Jepun, Kaz In KL, Blimey (Jade, Dasol dan Yerim) dan TikTok Alwin GC. Seronok tengok orang luar suka dengan makanan Malaysia dan suka tempat-tempat menarik di Malaysia.

Back to back dorang jalan-jalan jelajah satu Malaysia. Kejap utara, kejap selatan, kejap pantai timur, tup-tup dah ada kat Sabah Sarawak. 

Mereka pun dah pandai cakap bahasa Melayu dah. Kita sebagai rakyat Malaysia juga kena improve bahasa Inggeris kita untuk lebih mudah untuk berkomunikasi dengan orang luar. Memudahkan kita juga bila melancong keluar negara. Bolehlah acah-acah fasih English.

Dari normal English ke better English. Saya kongsikan beberapa contoh perbualan harian normal English vs better English.
perbualan harian dalam bahasa inggeris
kredit : _dailyvocabulary

Contoh perbualan harian normal English vs better English

Normal english : Sorry, I fell asleep
Better English : Sorry I nodded off

Normal english : I am not interested in singing
Better English : Singing is not my cup of tea

Normal english : I’m very hungry
Better English : I’m starving

Normal english : I’m very good
Better English : I’m excellent

Normal english : I’m very happy
Better English : I’m over the moon

Normal english : I’m very busy
Better English : I’m swamped

Normal english : Why are you so angry?
Better English : Why are you so pissed off?

Normal english : Let's meet today
Better English : Let's catch up today

Normal english : It's not that difficult to do
Better English : It's not a rocket science

Normal english : Good luck!
Better English : Break a leg!

Normal english : She is very cute
Better English : She is adorable

Normal english : How are you?
Better English : How's it going?

Normal english : I'm fit and healthy
Better English : I'm fit as a fiddle

Normal english : You are so lucky
Better English : You are so jammy

Normal english : You are wrong
Better English : I think you are mistaken

Normal english : Can I come tomorrow
Better English : Can I drop in tomorrow

Normal english : They are going to get married next week
Better English : They are going to tie the knot next week

Normal english : Hurry up, we're getting late
Better English : Chop-chop, we're getting late

Normal english : Keep it a secret
Better English : Keep it a secret under wraps

Normal english : You're teasing me
Better English : You're winding me up

Normal english : It's very cold outside
Better English : It's freezing outside

Dalam komunikasi ni asalkan kita faham tu dah kira bagus dah. Jangan macam ayam dan itik. Memang tak faham lansung. Jadi, perlu adanya asas. Broken English ke grammar berterabur pun takpe dalam komunikasi ni janji faham. Tapi jangan salah grammar dalam essay pulak ye.

Lepas ni bolehlah improve better english pulak. Kannn…

4 comments:

  1. Setuju. Bukan orang melayu sahaya patut fasih berbahasa Malaysia. Orang warganegara Malaysia sepatutnya memang kena fasih berbahasa Malaysia. Itulah salah satu kaedah kita ada semangat patriotik.

    Bahasa English, kalau nak mahir memang kena berlatih setiap hari. Dulu saya rasa english ni susah, tapi bila dah kerja, communicate pun memang kena in english, lama lama lidah tak keras nak berfasih. Cuma dari segi kosa kata, dan juga tatabahasa memang perlu belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan sepatutnya begitulah kan. Bab English tu memang kena practise. Hari hari cakap english lama lama fasih gitu.

      Delete
  2. Kadang guna juga better English tapi selalunya yang normal tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang normal tu memang biasa sangat guna. Itu je yang terlintas kadang. Lupa yang better english tu. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.