Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan 4 Secara Online

Permohonan Kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Tingkatan 1 dan 4 bagi sesi 2023 mula dibuka secara online mulai 1 September sehingga 4 November 2022. Calon pelajar yang berminat dan ingin memohon kemasukan ke MRSM boleh memohon secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui aplikasi sistem rasmi permohonan MRSM pada tarikh sepertimana ditetapkan.

Permohonan MRSM 2023

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2023 kini telah dibuka!
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

permohonan mrsm 2023 tingkatan 1 dan 4

Tarikh Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Dibuka : 1 September 2022 pukul 10:00 AM
Ditutup : 4 November 2022 pukul 12:01 AM

Tarikh permohonan dibuka dan ditutup seperti yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) sebagaimana diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Pemohon yang memenuhi syarat akan di panggil untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) pada tarikh yang akan dimaklumkan. Dijangkakan pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 dan 4 pada bulan April 2022 nanti.

Berikut merupakan pernyataan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan MRSM 2023 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Syarat kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023 

1. Calon warganegara Malaysia.
2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
3. Calon memohon secara dalam talian (online).
4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023.
5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut tentang SPMRSM, syarat kemasukan, program yang ditawarkan, program bantuan, kebajikan MRSM dan cawangan MRSM serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) boleh semak di : Syarat, Pilihan Program MRSM dan sistem pendidikan MRSM 

Panduan dan cara memohon kemasukan ke MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

1. Layari laman sistem rasmi permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Nota : Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.

Sebelum membuat permohonan, rujuk syarat-syarat terlebih dahulu dan buat permohonan sebelum tarikh tutup 4 November 2022 pukul 12:10AM. atau rujuk buku panduan permohonan MRSM.

2. Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan (link) daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.

3. Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.

Nota : Semua maklumat, langkah dan panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2023 disertakan di laman sistem yang sama.

Untuk maklumat terkini, boleh ikuti laman rasmi MARA di media sosial : 
atau laman sesawang : https://www.mara.gov.my/

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM

  • MRSM Program Premier
  • MRSM Program IGCSE
  • MRSM Program Ulul Albab
  • MRSM Program Teknikal
  • MRSM Program IB-MYP
  • MRSM Program BITARA
Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.

sumber : https://www.mara.gov.my/

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.