Header Ads


Lirik Lagu Santai - Faizal Tahir

Faizal Tahir muncul kembali dengan single terbaru berjudul 'Santai'. Memang santai betul dengar lagu 'Santai' Faizal Tahir ni. Sekarang trend lagu catchy ke camne? Sekali dengar terus terpaut. Music video pun telah pun keluar di Youtube semalam. Sempatlah layan sekali dua lagu Santai ni.

Music video dan poster single Santai sangat ceria. Terhibur juga layan lagu Santai dari Faizal Tahir. Music video Faizal Tahir jarang tak best. Lagu Ragaman, lagu empat dara lebih kurang begitulah konsep dia. Serba rancak dan ceria.


Composer & Author : Faizal Tahir (Faithful Publishing)
Ezra Kong
Produced by Ezra Kong

Lirik Lagu Santai - Faizal Tahir

VERSE
Hidup ini semua nak cepat
Siapa yang suka lambat-lambat
Bercinta biar sampai dapat
Tapi mesti pilihan tepat

Cepat kaya, cepat cantik, cepat kurus, cepat putih
Yang gelap nak putih yang putih nak gelap

Manusia takkan pernah puas
Kadang macam binatang buas
Sedang lautan sangat luas
Tak payah takut terlepas

Wang ringgit, harta pangkat, kereta mewah, bini empat
InsyaAllah tak mengaburi mataku

PRECHO
Engkau yang terindah di mataku
Engkau yang menawan di hatiku
Janganlah resah jangan terburu-buru

CHORUS
Santai-santailah sayangku
Pergi mana laju laju
Ini bukan kereta baru
Asalkan aku dengan mu

Santai-santailah sayangku
Ikut aku usah ragu
Kuda tua mungkin tak laju
Masih steady masih padu

VERSE 2
Bisik syaitan di telingamu
Kan buat kau terburu-buru
Buat saja jangan fikir panjang
Buat dulu sesal kemudian
Kemudian, kemudian, kemudian…

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.