Program Fit For Action mula bersiaran pada hari Sabtu, 3 September 2022 pukul 10.00 malam di TV3. Juga boleh tonton Fit For Action live streaming menerusi portal Tonton (www.tonton.com.my).
PROGRAM FIT FOR ACTION
Jumlah minggu : 6Mula siaran : 3 September 2022
Waktu siaran : Sabtu, pukul 10:00 malam
Siaran TV : TV3 | Tonton | YouTube TV3 Malaysia
Pengacara : Fahrin Ahmad dan Hunny Madu
Ketua juri : Datuk Yusof Haslam
Juri tetap : Heykal Hanifah, Aziz M Osman dan Ellie Suriaty
Juri jemputan : Dato’ Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Janna Nick
Juri Cabaran Fizikal : Nana Al-Haleq
Program Fit For Action disertai 12 peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 wanita iaitu :
Senarai peserta Fit For Action
- Danish Hakim, 19 tahun
- Aidil Afizin, 20 tahun
- Raden Zaharatul, 23 tahun
- Ahmad Syahmie, 23 tahun
- Amir Mirza, 24 tahun
- Muaz Zabir, 25 tahun
- Syahmie Thsaqeef, 28 tahun
- Erne Marina Ainalisa, 28 tahun
- Amanda Tan, 29 tahun
- Zooey Amir, 29 tahun
- Lenny Jemat, 29 tahun
- Kavitha Gnanesageran, 34 tahun
Barisan juri Fit For Action
Peserta akan berguru dengan jurulatih fizikal (wellness coach), Nana Al-Haleq yang juga sebagai Juri Cabaran Fizikal, serta tiga pengarah berkaliber iaitu Heykal Hanifah, Aziz M Osman dan Ellie Suriaty.
Penerbit dan pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam sebagai Ketua Juri Fit For Action sepanjang enam minggu program ini berlangsung.
Setiap minggu, program realiti Fit For Action akan menampilkan juri jemputan antaranya Dato’ Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Janna Nick.
Cabaran itu dirakam, disunting dan dijadikan drama pendek berdurasi tiga minit. Versi penuh video cabaran peserta akan dimuat naik di YouTube TV3 Malaysia.
Cabaran Fit For Action
Setiap episod, para peserta akan diberikan cabaran video lakon-layar (on-screen challenge video). Peserta akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit.Cabaran itu dirakam, disunting dan dijadikan drama pendek berdurasi tiga minit. Versi penuh video cabaran peserta akan dimuat naik di YouTube TV3 Malaysia.
durasi 3 minit. boleh tahan. semoga maju jaya buat mereka semua :)
ReplyDeleteBoleh tahan lama juga nak curahkan idea tu kan. All the best untuk semua :)
Delete