Header Ads

Telefilem Cik Misi


Tonton Telefilem Cik Misi pada hari Isnin 19 September 2022 pukul 8:30 malam di Slot Kuasa 3 Malam TV9. Juga boleh tonton Telefilem Cik Misi live online streaming menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).

Cik Misi, telefilem ulang siar lakonan Ruhainies, Syazuwan Hassan, Amyza Aznan, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi.

cik misi

TELEFILEM CIK MISI

Waktu siaran :  Isnin, 19 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Idea Asal : Nadia Mizu
Penulis skrip : MF Kenchana & Dr. Zaini
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM CIK MISI

Ruhainies sebagai Diana
Nadzmi Adhwa sebagai Amar
Syazuwan Hassan sebagai Farish
Amyza Aznan sebagai Sister Zara
Shuhanty Hanafiah sebagai Sue
Datin Fadilah Mansor sebagai Matron Junaidah
Sani Sudin

SINOPSIS TELEFILEM CIK MISI

Diana disuruh oleh ibunya untuk memilih kerjaya dalam bidang kejururawatan. Diana menjalani latihan praktikal sebagai jururawat di sebuah hospital swasta.

Diana sebenarnya langsung tak bercita-cita untuk menjadi jururawat kerana Diana lebih berminat dalam bidang hiburan seperti berlakon dan menjadi artis dan sangat fanatik berselfie di mana sahaja menyebabkan dia sering dimarahi Sister Zara.

Kerana sikap Diana yang mesradengan semua orang, ceria dan peramah menambat hati semua pesakit di wad tersebut. Atas nasihat ibunya dan Pak Abu, Diana mula menyukai kerjanya itu.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.