Sambutan Hari Malaysia 2022 Ke-59 Dengan Busana Pelbagai Etnik Era 60-an Di Melaka

Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan, 16 September 2022 Jumaat ini akan berlansung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka bermula pukul 8:00 malam. 

Sambutan Hari Malaysia 2022 merupakan Hari Malaysia ke-59 dan kali ini juga julung kalinya diadakan di tempat terbuka selepas pandemik COVID-19.  Dijangkakan lebih 10,000 pengunjung akan memeriahkan acara yang julung kali diadakan di Melaka pada tahun ini.

Negeri Melaka merupakan negeri pertama sambutan Hari Malaysia diadakan selain di Sabah dan Sarawak sebelum ini.

sambutan hari malaysia 2022

Keluarga Malaysia dialu-alukan hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2002 seperti sambutan Hari Kemerdekaan 2022 yang lalu. Sambutan Hari Malaysia 2022 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM pukul 8:30 malam.

Sambutan Hari Malaysia 2022

Lokasi : Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka
Waktu siaran : 16 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV, Astro (CH101), RTM Klik
Media rasmi : Bernama


Aktiviti Sambutan Hari Malaysia 2022

Pelbagai program serta aktiviti menarik akan diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2022, antaranya :

1. Perasmian Hari Malaysia 2022 : Sambutan Hari Malaysia 2022 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

2. Perarakan beca : Perdana Menteri, Primier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah akan tiba dengan perarakan beca, yang merupakan ikon Bandaraya Melaka bakal menyerikan malam sambutan. Perdana Menteri bersama kedua-dua pemimpin negeri terbabit akan menandatangani buku peringatan pembentukan persekutuan Malaysia/ pengisytiharan Hari Malaysia.

3. Konsert rakyat : Konsert Rakyat akan diadakan selepas selesai majlis sambutan Hari Malaysia 2022 dan tetamu kehormat meninggalkan majlis. Konsert selama sejam yang dijangka berlangsung sehingga 12:00 tengah malam.

Persembahan penyanyi terkenal tanah air akan dipersembahkan, antaranya Datuk M. Nasir, Ernie Zakri, Misha Omar dan Liza Hanim.

4. Pertunjukan bunga api : Sambutan akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Kelainan Sambutan Hari Malaysia 2022 dengan tema busana pelbagai etnik era 60-an

Menariknya, sambutan Hari Malaysia 16 September 2022 tahun ini akan menampilkan kelainan. Kira-kira 2,000 tetamu jemputan perlu berpakaian dan berbusana tradisional bersifat silam mengikut kaum dan etnik masing-masing, manakala orang awam yang menghadiri sambutan itu juga digalakkan berpakaian busana pelbagai etnik era 60-an sebagai penyeri tema.

Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, elemen etnik era 60-an masyarakat pelbagai kaum dipilih bagi mengimbau kembali nostalgia ketika negara terbentuk sebagai Malaysia pada tahun 1963.

Lokasi sambutan Hari Malaysia 2022 kali ini diadakan di lokasi pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 20 Februari 1956 iaitu di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang sebelum ini dikenali sebagai Padang Pahlawan.

Dengan itu, sambutan Hari Malaysia 2022 kali ini dapat mengimbau kembali nostalgia suasana masyarakat ketika zaman Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Melaka suatu ketika dahulu. Dimana pada ketika itu ribuan masyarakat pelbagai kaum hadir di Banda Hilir untuk menyaksi dan mendengar pengumuman tarikh kemerdekaan itu.

Selain berbusana zaman silam membangkitkan nostalgia sejarah Hari Malaysia, sekitar lokasi sambutan Hari Malaysia akan dihiasi dengan pelbagai hiasan mengikut suasana ketika pengisytiharan kemerdekaan berkenaan. Props (hiasan) akan memaparkan ikon-ikon utama negeri Melaka tanpa melupakan ciri-ciri penglibatan negeri-negeri lain.

Parkir dan bas disediakan sempena sambutan Hari Malaysia 2022

Lebih 2,000 petak parkir kenderaan disediakan berhampiran lokasi sambutan Hari Malaysia, pengunjung boleh parkir kenderaan di Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan Pahlawan Walk.

Panorama Melaka juga menyediakan bas ulang-alik di kawasan tertentu bagi memudahkan pengunjung ke tapak sambutan Hari Malaysia dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik yang mungkin berlaku sebelum dan selepas sambutan berlangsung.

Tiada penutupan jalan akan dilakukan. Pengunjung yang ingin menyertai sambutan dinasihatkan datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan.

Peringatan untuk pengunjung

Pengunjung disaran memakai pelitup muka walaupun pemakaiannya di tempat awam atau terbuka telah diberikan kelonggaran oleh Kementerian Kesihatan.

sumber : bharian | sinarharian

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.