Header Ads


Bab 9 : September 2022

Tak terasa cepatnya masa berlalu pergi. Bila dah sibuk dengan banyak urusan, begitulah. Otak pun tak selari dengan pemikiran kadang. Belum lagi dengan kepenatan yang ditanggung. Rasa macam nak bercuti pergi kemana-mana tenangkan fikiran sekejap. 

Tahu-tahu dah masuk bulan September dah ye. Tak ada perancangan apa-apa di bulan September ni. Harap ada rezeki dapat balik kampung sebab bulan Ogos tak berkesempatan nak balik Kampung di Segamat. Biasa sebulan sekali macam tu lah. 

Hari ini, 1 September 2022 mak mentua akan balik dari umrah. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...

16 September 2022, kita akan menyambut Hari Malaysia 2022. Hari Malaysia jatuh pada hari Jumaat, boleh ambil cuti tu sambung long weekend. Ke ada yang dah merancang untuk bercuti dah?

Pencapaian blog pulak agak merosot akhir-akhir ni. Kurang idea nak update blog. Sedang mengalami Writer's block yang susah nak dibendung. Hutang blogwalking pun dah menimbun ni. Adeh! Ampunnnn...

Terima kasih yang masih sudi singgah tinggalkan komen. Kita pulak naik segan tak datang-datang menyinggah ke rumah orang. Tak nak blog sunyi saya update drama je lah mampu. Tak komen pun takpe tau. Saya faham. 

september 2022 calendar

Page 243/365
Chapter 9

Don’t worry about your past
just like lily
you are able to rise from the mud
bloom out of the darkness
and radiate the world with your purity


September holidays 2022

3 Sep (Sabtu) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
16 Sep (Jumaat) : Hari Malaysia (Semua Negeri)
18 Sep (Ahad) : Cuti Hari Malaysia (Johor & Kedah)

Mengharapkan yang lebih baik di bulan September ni. Semoga Allah cukupkan rezeki serta pemudah segala urusan kita semua serta diberikan nikmat kesihatan yang baik juga. Aamiin...

12 comments:

  1. Semoga masalah writer's block awak boleh diatasi dibulan September....
    kalau tak pun cakap ngan minda "wake me up when September ends" ahaksss

    ReplyDelete
    Replies

    1. Harap begitulah...Aamiin
      Hehe..terhibur dengan ayat tu Ammi :)

      Delete
  2. Tidak sedar masa mak mertua Fiza hendak pulang dari umrah.
    Waktu cuti Hari Malaysia ada kenduri kahwin.
    Takpelah ada kelapangan dapatlah datang melawat blog Fiza.
    Amin untuk doa Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je kan masa berlalu. Ohh ada kenduri ye. Semoga urusan majlis kenduri berjalan dengan lancar. Aamiin...
      Terima kasih kak :)
      sama²

      Delete
  3. Sekejap je dah masuk September kan...
    Takpe Fiza, pelan-pelan kayuh semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..cepat je dah masuk bulan September.
      InshaAllah..terima kasih kak :)

      Delete
  4. Kira2 dah nak hujung tahunlah ni
    tup tap tup tap nanti dah masuk 2023

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn wak..nak hujung tahun dah. Itulah tu, kejap je masa berlalu.

      Delete
  5. sekejap ja dh masuk bulan 9..lama x singgah blog akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu kan...tak pe busyra. Saya pun lama tak menyinggah ke blog lain. Bila sibuk, begitulah...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.