Header Ads


Tonton Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 2022 Live

Tonton Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) 2022 live pada hari Ahad 11 September 2022, pukul 9:00 malam bersiaran lansung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Astro Go dan On Demand.

Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), sebuah acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyaksikan gabungan tiga hos popular Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin.

Acara berprestij Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) kembali selepas menyepi selama 5 tahun. AIM23 bakal lebih gah seiring dengan prestijnya.

anugerah industri muzik 23 aim23

Tema Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23)

Bertemakan Glam & Sophisticated, AIM 23 akan mempersembahan muzik pelbagai genre termasuk pop, rock, dance dan balada. 

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 23 LIVE

waktu siaran : Ahad, 11 September 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (CH104), Astro Go dan On Demand
Pengacara : Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 23

AIM merupakan anugerah terulung dalam industri rakaman muzik di Malaysia. Ia dianjurkan oleh (AIMM) dan disokong oleh (RIM) serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan platform utama untuk mengiktiraf sumbangan dan menghargai karya bakat dalam industri muzik tempatan. AIM terkenal dengan prestij dan keupayaannya, dengan pemuzik yang dihormati dalam industri duduk sebagai panel penilai.

Sebanyak 21 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23). 2 kategori baharu iaitu Lagu Cina Tempatan Terbaik dan Lagu India Tempatan Terbaik dalam kategori anugerah utama. 

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing juga telah mengembalikan semula pada edisi kali ini. Namun begitu, kategori Lagu India Tempatan Terbaik terpaksa digugurkan disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Antara kategori dipertandingkan adalah Artis Baharu Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) dan Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu.

Turut dipertandingkan Kulit Single/ Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Penyanyi Dayang Nurfaizah mengungguli dengan 6 pencalonan dan mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album Belagu bagi dua kategori iaitu Rakaman Album Terbaik dan Kulit Single/Album Terbaik, serta dua kategori lain dalam Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu ‘Tudung Periuk’ dan ‘Malam Ku Bermimpi’, diikuti oleh penyanyi Ernie Zakri dan Yonnyboii masing-masing dengan 4 pencalonan.

Persaingan sengit boleh dilihat dalam senarai pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki Dan Wanita) yang membariskan nama-nama besar di dalam industri muzik tanahair.

Antara persembahan barisan artis pada malam AIM 23 itu adalah Ahmad Syafiq, Aina Abdul, Amir Masdi, Aufahanie, Dato' Siti Nurhaliza, De Fam, Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Insomniacks, Iss Arffan, Janna Nick, Kaka Azraff, Keisya Levronka, Liza Hanim, Marsha Milan, Naufal & Nuha, Nikki Palikat, Rian Shain, dan anessa Reynauld

Anugerah akan disampaikan oleh Dato' Adi Putra, Dato' M. Nasir, DJ Fuzz, Edrie Hashim
Ferhad, Haniff Hamzah, Jaclyn Victor, Khai Bahar, Mawi, Noryn Aziz, Pat (Candy), Reshmonu, Sasi The Don, Shahir, Syamsul Yusof, Wany Hasrita dan Ziana Zain.

Senarai Calon Anugerah Industri Muzik Ke-23

1. Album Terbaik : Yonny ( Deluxe Version) - Yonnyboii ( Wolfy)

  • Di Persiaran Cakrawala - Ramayan (Ramayan)
  • Tuju Untuk Kamu 18/19 - Tuju (Mingaling, Saucie J & Meerfly)
  • Radicalism - Sekumpulan Orang Gila (Bert Poncet)
  • Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Wolfy)
  • Sesudah Melakar Langit - A.Limin (Amerul Ishraf Adri)

2. Lagu Terbaik : Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)

  • Adat Kasih - Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
  • Thank You Allah - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
  • Tugu Ugut" - Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)
  • Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
  • CIAO" - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
  • Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Mojan LNF)
  • Game of Charades - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)

3. Artis Baru Terbaik : Vanessa Renauld - Buat Ku Sempurna

  • Rian Shain - Kesumat
  • Aufahanie - Geming Jiwa
  • Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna
  • Iss Arffan - Tiada Bernoktah
  • Ahmad Syafiq - Duri

4. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) : Arddley Nicholas - Pilu

  • Hafiz Suip - Takluk Cinta
  • Alif Satar & The Locos - Anugerah Terindah
  • Syamel - Bila Kau Tiada
  • Arddley Nicholas - Pilu
  • XPOSE - Jejak

5. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) : Ernie Zakri - Sinar Mata Hati

  • Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna
  • Ernie Zakri - Sinar Mata Hati
  • Aina Abdul - Nada Kelabu
  • Idayu - Jangan Menangis Cinta
  • Marsha Milan - Cinta

6. Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Berkumpulan) : V.E - Tunggu

  • Da Unknown - Tersakiti
  • Dolla - Berani
  • Blvckmind Squad - Sembelih
  • V.E - Tunggu
  • Zayne - Kaulah Cinta

7. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu : Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiakan Dia

  • Hafiz Suip & Ernie Zakri - Berakhirlah Pencarianku
  • Syamel & Ernie Zakri - Goodbye, Hello
  • Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiakan Dia
  • Lah Ahmad feat. Aina Abdul- Tunggu Kamu
  • Shuib & Siti Sarah - Semakin Benci Semakin Cinta

8. Lagu Pop Etnik Terbaik : Adat Kasih - Zihat Salleh ( Aubrey Suwito/Tinta)

  • Anakanda - Dato's Sri Siti Nurhaliza (Pown Hasril, Kaim Karam, Jack Jafni / Rozi Sang Dewi)
  • Kucuma - Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah (A. Ramlee & Ezra Kong)
  • Intan Payung - Bunga feat. Noraniza Idris (Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa / Bunga, Siqma)
  • Adat Kasih - Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
  • Sang Purnama - Wany Hasrita & Wani Syaz (Sang Hitam, Mas Dewangga, Aden King)

9. Lagu Nasyid Terbaik : Thank You Allah - Alyaah feat. cat Farish & Ustaz Haris ( Alyah, Ikhwan fatanna, Omar K, Catr Farish, Ustaz haris)

  • Syudud Qalbu - Fitri Haris x Zarul Umbrella (Azmeer & Fitri Haris)
  • Thank You Allah - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
  • Selimut Kasih - InTeam (Syah InTeam / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Hasbunallah - One Path (Ustaz Adnin, Shafiq One Path, Afiq One Path, Haseef One Path, Ammar One Path)
  • Linangan Laduni - Darwish (Harry Khalifah / Yabang Khalifah)

10. Lagu Rock Terbaik : Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila ( Nazrin / Ajim Juxta)

  • Toxic - Alif Satar & The Locos (Alif Satar, Faliq Auri, Rajwan Juni, Tam Cobain, Efry Arwis)
  • Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)
  • Korang - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir)
  • DUIT! - Stacy (Bunga Cantik, Hang Nadim)
  • I Miss You - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Biak)

11. Lagu Pop Terbaik : Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri ( Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)

  • Alah Bisa - Faizal Tahir & Amira Othman (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
  • Penat - Daiyan Trisha feat. Tuju (Daiyan Trisha, Tuju, Loca B)
  • Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
  • Perpisahan - Khai Bahar (Rudy Nastia, Shamin Nazri & Adi Pawana)
  • Kelentang Kelentong - Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)

12. Lagu R&B/Hip Hop Terbaik : CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park ( Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Portions)

  • Tak Sangka - Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir (Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir)
  • CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
  • Orang Lain - A. Nayaka feat. Joe Flizzow, Yonnyboii (A. Nayaka, SonaOne, YHB Sleepsalot, Joe Flizzow, Yonnyboii, Airliftz, SYA, SENNA & Zynakal)
  • Tunggu - V.E (Zaf, Adeep, Uno & AJ / Adeep, Zaf & Cham)
  • Disentuhi Cinta - Suzanne Low (Yu Heng / Slen Fadzil)

13. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik : Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Mojan LNF)

  • Narsis - Elizabeth Tan feat. Zynakal (Brendan Lim, Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Zynakal)
  • Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Mojan LNF)
  • VETO - DJ CZA feat. TUJULOCA & MK (DJ CZA / TUJULOCA & MK)
  • Amaran - Siti Nordiana & Bunga (Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga)
  • Panggil Sayang - Syeera Aziz (Shazee Ishak, Audi Mok)

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Game of Charades - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)

  • So In Love - TY:DEL (Ritchie Retita. Timothy Long, Carlson Kam, Roshan Sundram)
  • My World Too - Fatia (Aubrey Suwito & Lin Li Zhen)
  • Game of Charades - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
  • Acknowledge - Astor Walk (Astor Walk)
  • We Go Up - Athalia (Athalia Buswani & Bryan Bouro)

15. Lagu Cina Tempatan Terbaik : 无人签收的幸福 Wu Ren Qian Shou De Xin Fu" - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hing Jian Rui)

  • 予你 Yu Ni - FS (Fuying & Sam) (Li Zhen Yu / Zhang Guo Xiang)
  • 算什么 Suan Shen Me - Uriah (Uriah / Juey Ying)
  • 直到我們遇見愛 Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai" - Suzanne Low (Chow Yee Hang / Wong San San)
  • 无人签收的幸福 Wu Ren Qian Shou De Xin Fu" - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hing Jian Rui)
  • Someday - Suzanna Low feat. Gaston (Chow Yee Hang, Gaston / Wong San San, Gaston)

16. Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama : Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)

  • Coretan Pilu - Awie (Ikhwan Fatana & Wan Saleh)
  • Khilaf Asmara - Shila Amzah (Amylea)
  • Memandangmu - Aidit Alfian & Teguh Budiman (Aidit Alfian, Raja Ahmad Mukhlis, Bakhtiar Effendy)
  • Cinta - Marsha Milan (Bunga Cantik, Hang Nadim)
  • Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)

17. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara : Tak Ingin Usai - Keisya Levronka ( Tohpati/ Mario G. Klau)

  • Masih - Rossa (Yovie Widianto & Nino Kayam)
  • Tak Ingin Usai - Keisya Levronka (Tohpati / Mario G. Klau)
  • )
  • Bismillah Cinta - Ungu & Lesti (Pasha Ungu)
  • Terlalu Berharap - Rossa (Andmesh Kamaleng)
  • Memilih Aku - Arsy Widianto & Tiara Andini (Yovie Widianto & Adrian Kitut)

18. Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu : Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)

  • Chendering - Bizhu (Idris Koh Keng Hui)
  • Ellame Marenthen - Thiagu Murugesu, Anad Sadacharam, Karthikeyan (Thiagu Murugesu)
  • Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
  • Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
  • Buat Ku Sempurna - Vanessa Reynauld (Adib Hussein, Mage, Faizal Tahir, Mike Chan)

19. Kulit Single/Album Terbaik : Adat Kasih - Ziha Salleh ( Patrick Leong Kok Soong)

  • Borak - Salammuzik (Lan Nusa)
  • Adat Kasih - Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)
  • Kendati - Amylea (Amylea Azizan)
  • Radio - Razak A'ai (Mohammad Farizie Bin Johari)
  • Belagu - Dayang Nurfaizah (Abidin Khairul / Khairul Afiq Khairudin)

20. Rakaman Lagu Terbaik : Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

  • Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
  • Aku Setia - Razak A'ai (AG Coco)
  • Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
  • Ellame Marenthen - Anand Sadacharam & Surmukhi Raman (M. Jagathees)
  • Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos (Taja Mustapha, Hafizul 'Pij' Hafiz, Felix Voon)

21. Rakaman Album Terbaik : Belagu - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

  • Fobia - Naim Daniel (Omar K)
  • Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Yonnyboii)
  • Belagu - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
  • Second Voyage - Sekumpulan Orang Gila (Bert Poncet)
  • Sesudah Melakar Langit - A.Limin (Amerul Ishraf Adri)

22. Video Muzik Terbaik : Gatal - Janna Nick ( Chuan Looi)

  • Sape Kata - SonaOne (ATG & SonaOne)
  • Gatal - Janna Nick (Chuan Looi)
  • CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Shahrin Bahar)
  • Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama (Yusuf Yunus)
  • Penat - Daiyan Trisha feat. Tuju (Jasmine Wong & Daiyan Trisha)

23. Anugerah Sri Wirama : Tan Su Loke

Anugerah Khas

Lagu Paling Tinggi Distrim : LOTUS - ForceParkBois

Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi Ditonton di YouTube : Malam Semakin Dingin - Tajul & Afieq Shazwan

Lagu Nada Dering Jualan Paling Tertinggi : Adakah Ini Mimpi - Reedzwann

Nantikan keputusan penuh Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) 2022 live pada hari Ahad 11 September 2022 nanti.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Anugerah_Industri_Muzik_ke-23

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.