Header Ads

Telefilem Jabat Erat-Erat


Tonton Telefilem Jabat Erat-Erat ulang siar pada Rabu, 14 September 2022 pukul 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2. Telemovie Jabat Erat-Erat diinspirasikan daripada diinspirasikan dari 1 novel, 3 cerpen dan 1 cerita rekaan. 

Novel tersebut ialah novel (Sinappapal - Azizi Haji Abdullah) dan 3 buah cerpen iaitu Isteri Leong Beranak - A. Wahab Ali, Bong Penentu - E Pian Pro Poul, Pensel Sebatang - Ali Majod).

Gabungan idea ini menjadikannya sebuah cerita yang sangat menarik yang memaparkan isu masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Perbezaan agama dan warna kulit bukan lah penghalang untuk kita mengikat persefahaman antara satu sama lain.

Juga boleh tonton Telefilem Jabat Erat-Erat live streaming online menerusi portal RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

telefilem jabat erat erat

TELEFILEM JABAT ERAT-ERAT

Waktu siaran : Rabu, 14 September 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2
Penulis skrip : Amin Masyhur
Pengarah : Wan Afzan Wan Daud
Produksi : Unit Drama RTM dengan kerjasama DBP
Penerbit : Serena Mohd Salleh

PELAKON TELEFILEM JABAT ERAT-ERAT

Bohari Bin Ibrahim sebagai Mokhtar
Rosnah Johari sebagai Eton
Fatimah Abu Bakar, sebagai Nenek Timah
Kamarool Hj Yusof sebagai Surchat
Noorkhiriah sebagai Cikgu Mariam
Zaidi Omar sebagai Ustaz Sudin
Tan Mei Ling sebagai Fang
Jordan Voon sebagai Ah Leong
Aidil Rafiq sebagai Kalam
Azman Hassan sebagai Seman
Bohari Ibrahim
Isaac sebagai Dolah
Asad Saufi sebagai Zahid
Shamala sebagai Minachi
Din Tamam sebagai Damit
Chekem Mirza sebagai Cikgu Berahim
Rashid Jaafar sebagai Ngah Leman
Qi Lee sebagai Yin
Kay Wan Din sebagai Ahmad
Ira Ma sebagai Esah
Bavishan Nair sebagai sinappapal
Cahya sebagai senah
Aida Ruyati sebagai Nenek alam

SINOPSIS TELEFILEM JABAT ERAT-ERAT

Bermula dengan plot kehidupan masyarakat di sebuah kampung. Seorang pemuda bernama Kalam yang mendapat tawaran belajar di sebuah Universiti. Dalam masa yang sama dia perlu menyiapkan sebuah lukisan mural. Mural tersebut merupakan impian arwah teman baiknya Senah.

Hatinya berbelah bagi untuk meneruskan impian ke universiti kerana memikirkan neneknya yang sudah tua. Cikgu Berahim dan Cikgu Mariam akhirnya berjaya memujuk Kalam untuk menyambung pelajaran ke Universiti.

Setelah kehilangan anak kesayangannya Senah, Damit terperangkap dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri. Nenek Timah berusaha untuk memahamkan Damit dan mengharapkan Damit menerima kenyataan serta redha dengan apa yang telah berlaku. Berkat dari doa seorang ibu dan kawan-kawan kesihatan Damit beransur sembuh.

Seterusnya kisah Ah Leong yang baru saja berpindah ke kampung tersebut merasakan penerimaan orang Kampung terhadap keluarganya tidak seperti yang dijangkakan. Semenjak kejadian bertembung dan dimarahi oleh Damit tanpa mengetahui siapa itu Damit.

Ah Leong semakin tertekan apabila isterinya Fang yang sarat mengandung mahukan bidan Cina. Fang mendesak suaminya untuk keluar dari kampung tersebut setelah anak mereka itu dilahirkan. Akhirnya, Fang dapat melahirkan anak dengan dibantu oleh seorang bidan kampung iaitu Nenek Timah.

Persepsi Ah Leong terhadap orang kampung mulai berubah dan mendapati bahawa Damit sebenarnya sedang ‘sakit’. Plot diteruskan dengan kisah seorang budak kampung yang nakal bernama Dolah anak kepada Ahmad. 

Hanya merebutkan sebatang pensil timbul pertelingkahan antara Dollah dan Zahid. Akhirnya dapat dileraikan oleh Cikgu Mariam dan Cikgu Zahid. Realiti kehidupan masyarakat kampung berbeza bangsa dan agama akhirnya dapat disimpulkan dengan kisah Kalam sedang berusaha menyiapkan lukisan mural sebelum meneruskan persiapannya ke Universiti.

Turut menemaninya seorang budak India bernama Sinapapal yang bijak dan ingin belajar mengenai agama Islam. Namun, keinginannya tidak dipenuhi oleh Ustaz Sudin malah sering dimarahi kerana berkawan rapat dengan Zulikha.

Konflik mulai timbul apabila Minachi, ibu kepada Sinapapal tidak menyukai hubungan mereka.

Adakah kemudiannya Ustaz Sudin bersetuju untuk membimbing Sinapapal? 

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.