Header Ads

Tonton Final Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) 2022


Tonton Muzikal Lawak Superstar 3 Akhir live pada hari Jumaat, 23 September 2022 pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna (CH107). Juga boleh tonton Final Muzikal Lawak Superstar 3 secara online melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO (astrogo.astro.com.my).

Di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 2022, 4 kumpulan iaitu Ubi, Cili, OOD dan Bahroy akan berentap merebut gelaran Juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3). Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 3 dan Superstar paling gempak di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3.

Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) 2022 bermula dengan 12 kumpulan (Cili, Bahroy, Ubi, Ood, Arteh, Sobat, Ngam, Wisel, Joki, Benjo, Selit dan Abioso) dan hanya 4 kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir Muzikal Lawak Superstar 3.

Peserta akhir datang berentap,
Takhta JUARA milik siapa?

final muzikal lawak superstar 2022

FINAL MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 3

Waktu siaran : Jumaat, 23 September 2022 pukul 9.00 malam
Siaran TV : Astro Warna 107, Astro Go 

Tema 1 : Benua 
Ood : Eropah (4 star)
Cili : Afrika (4 star)
Bahroy : Amerika (4 star)
Ubi : Australia (5 star)

Tema 2 : Bebas
Ood : 4 star
Cili : 4 star
Bahroy : 4 star
Ubi : 5 star

Keputusan penuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 3 2022

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM50,000 dan RM25,000.

Juara : Ubi
Naib Juara : Cili
Ketiga : Bahroy
Keempat : Ood
Superstar paling gempak : Shiha Zikir (Cili)

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.