Header Ads


Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 : Logo, Maskot, Lagu Rasmi dan Jadual Penuh Acara SUKMA 2022

Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 | 2022 Sukma Games bermula pada 16 September 2022 hingga 24 September 2022 dan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Malaysia ke-20 kali ini. Logo SUKMA 2022 seperti dalam gambar di bawah bersama maskot SUKMA 2022 Oyen, Harimau Malaya.

sukma malaysia 2022

SUKMA XX MSN 2022

Tempoh : 16 - 24 September 2022
Acara Sukan : 21 Jenis Sukan, 426 Acara, 6606 Atlet
Maskot : OYEN, Harimau Malaya
Siaran TV : TV Okey dan Sukan RTM
Waktu siaran : Pukul 9.00 pagi dan 3.00 petang

Majlis perasmian SUKMA XX MSN 2022 dijadualkan akan berlangsung pada 17 September 2022 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi. Majlis penutup pula diadakan pada 24 September di lokasi yang sama.

sukma malaysia 2022

Tonton SUKMA  2022 secara lansung

Tonton siaran langsung Sukan Malaysia SUKMA 2022 Edisi Ke-20 (SUKMA XX MSN 2022) di RTM dengan Laporan Harian Pagi pada pukul 9.00 pagi dan Laporan Harian Petang pukul 3.00 petang di TV Okey dan Sukan RTM.

Juga boleh tonton SUKMA 2022 secara lansung strim menerusi portal RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my)

SUKAN MALAYSIA (SUKMA) 2022

Sukan Malaysia juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-20 adalah acara temasya sukan tahunan yang melibatkan atlet di dalam negara. Pada awalnya temasya sukan tahunan ini dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2020 dan dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dimana Johor sebagai tuan rumah.

Akan tetapi telah ditangguhkan kepada 6 hingga 14 Mac 2021 akibat Pandemik COVID-19. Kemudian, temasya ini ditangguhkan lagi kepada 16 hingga 24 September 2022 dan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah dan dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2022 pada awalnya.

Kemudian, edisi kali ini dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 yang mana kali ini dianjurkan sendiri oleh Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sebagai penganjur.

SUKMA XX MSN 2022 bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara. SUKMA XX MSN 2022 dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Untuk maklumat lanjut dan keputusan terkini setiap acara SUKMA 2022, boleh semak di laman web sukma2022.nsc.gov.my

Jadual penuh senarai sukan SUKMA 2022

senarai sukan sukma 2022

Bola Sepak

Tarikh : 12 - 23 September 2022 (12 Hari)
Venue : Stadium Bola Sepak KL, UKM, UiTM, UM, UNITEN

Wushu

Tarikh : 14 - 16 September 2022 (3 Hari)
Venue : Gimnasium 2, MSN

Berbasikal

- [Lebuhraya]
Tarikh : 14 - 17 September 2022 (4 Hari)
Venue : Bandar Baru Sendayan Seremban, Negeri Sembilan

- [BMX]
Tarikh : 17 - 18 September 2022 (2 Hari)
Venue : Arena BMX Nasional, Nilai

- [Trek]
Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue : Velodrom Nasional, Nilai

- [MTB]
Tarikh : 22 - 24 September 2022 (3 Hari)
Venue : Taman Cabaran, Putrajaya

Sepaktakraw

Tarikh : 14 - 22 September 2022 (9 Hari)
Venue : Dewan Sri Sarjana, UNITEN

Olahraga

Tarikh : 15 - 18 September 2022 (4 Hari)
Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil

Hoki

Tarikh : 15 - 23 September 2022 (9 hari)
Venue : Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

Bola keranjang

- [5 x 5]
Tarikh : 15 - 21 September 2022 (7 Hari)
Venue : Stadium MABA

- [3 x 3]
Tarikh : 22 -23 September (2 Hari)
Venue : Stadium MABA

Karate

Tarikh : 15 - 17 September 2022 (3 Hari)
Venue : Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam

Kriket

Tarikh : 15 - 24 September 2022 (10 Hari)
Venue : UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2)

Petanque

Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu

Lawn bowls

Tarikh : 16 - 24 September 2022 (9 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Bukit Kiara

Gimnastik

Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
Venue : Gimnasium 3, MSN

Gimrama

Tarikh : 21 - 23 September 2022 (2 Hari)
Venue : Gimnasium 1, MSN

E-sports

Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
Venue : E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur

Muaythai

Tarikh : 17 - 21 September 2022 (5 Hari)
Venue : South City Plaza, Seri Kembangan

Memanah

Tarikh : 17 - 22 September 2022 (6 Hari)
Venue : Stadium USIM, Nilai Negeri Sembilan

Skuasy

Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL

Tenis

Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur

Bola tampar

- [Dewan]
Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam

- [Pantai]
Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
Venue : Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam

Tinju

Tarikh : 17 - 24 September 2022 (8 Hari)
Venue : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya

Pelayaran

Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi

Tenpin boling

Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
Venue : Sunway Megalane, Sunway Pyramid

Kanu

Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya

Menembak

Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Lapang Sasar Menembak, Subang

Ragbi

Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue : Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

Angkat berat

Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue : Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Akuatik

- [Renang]
Tarikh : 19 - 23 September 2022 (5 Hari)
Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

- [Terjun]
Tarikh : 20 - 22 (September 2022 (3 Hari)
Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

Bola jaring

Tarikh : 19 - 24 September 2022 (6 Hari)
Venue : Stadium Juara, Bukit Kiara

Golf

Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
Venue : Kelab Golf Negara Subang

Judo

Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
Venue : Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

Badminton

Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
Venue : Axiata Arena, Bukit Jalil

Pencak silat

Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
Venue : Dewan Tuanku Canselor UiTM, Nilai Negeri Sembilan

Lagu Rasmi SUKMA 2022

Tajuk lagu : Demi Malaysia
Komposer : Zimi
Lirik : Jerry
Penyanyi : Datuk Awie, Jaclyn Victor & Naim Daniel

Lirik Lagu Demi Malaysia

Menempuh jalan ini
Bangkitlah bersemangat tegarkanlah Jiwa kita semua
Terus melangkah
Menghadapi segala rintangan teguh bersama
Berdepan dengan agenda dunia
Kita masih di sini
Cekal utuh berdiri
Bersama mengharungi
Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Biarkan dunia tahu
Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Takkan terluntur semangat semua

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.