Header Ads


Port Percutian Menarik Di Ipoh

Rancak orang bercuti sakan bila musim cuti sekolah bulan September ni. Cuti sekolah lah mak ayah ambil peluang untuk bercuti jalan-jalan. Balas dendam mungkin sebab PKP 2 tahun tak dapat bercuti sakan. 

Kalau bercuti ni kenalah merancang perjalanan dan kalau bolehlah biarlah pergi pada masa yang betul. Takut kecewa, sampai-sampai nanti Lahhhh...tutup? Sejak PKP ni rasanya banyak tempat percutian terpaksa ditutup. 

Pengurusan masa juga penting. Elak juga tempat yang jem kalau taknak buang masa menunggu. Sebelum merancang tu, cari dulu tempat-tempat atau port yang menarik untuk dituju sekitar tempat percutian dan penginapan tu.

Kalau ke Ipoh, tak tahu nak kemana. Jom tengok port menarik di Ipoh yang boleh dilawati. Ada yang percuma dan juga berbayar. Banyak hotspot instagrammable menarik untuk OOTD.

sumber : Port percutian menarik sana sini

Port Percutian Menarik Di Ipoh

Tempat menarik di Ipoh Tanpa Bayaran (PERCUMA)

  • Kinta Riverfront, Ipoh
  • Book Xcess Ipoh
  • Art of Old Town
  • Gua Tempurung, Gopeng
  • Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
  • Disney Avenue, Kampar
  • TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge, Batu Gajah

Tempat menarik di Ipoh berbayar

  • Time Tunnel Ipoh
  • Upside Down World Ipoh
  • Lost World of Tambun
  • Kellie's Castle, Batu Gajah
  • Gunung Lang
kellie's castle Ipoh

Tempat makan/cafe best instagrammable di Ipoh

  • De Cafe & Rest House, Ipoh
  • Restoran M Salim
  • Plan B (Ipoh)
  • Laksa Telur Goreng Bersarang
  • Restoran Halimah Bachik
  • Suhaimi Café
  • Mee Kari Kak Yah
  • Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
  • D’Naina Ipoh
  • Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan
  • Salon Du Chocolat, Ipoh Parade

Penginapan menarik di Ipoh

  • The Haven Ipoh
  • WEIL Hotel Ipoh
  • Majestic Ipoh
  • The Banjaran Hotsprings Retreat
  • Happy 8 Retreat

Tempat cantik untuk bergambar/OOTD di Ipoh

  • Kinta Heights, Ipoh
  • Concubine Lane, Ipoh
  • Tasik Cermin

Moh kita! Dalam banyak-banyak ni. Baru sempat singgah Kellie's Castle, Batu Gajah dan Gunung Lang. Teringat ingat pulak kesedapan popia basah SS Ali yang sedap itu. Nanti boleh repeat day trip ke Ipoh naik ETS pulak.

Datang ke Ipoh, teruja kalau dah nampak papan tanda Ipoh ala Hollywood yang elok terletak atas bukit batu kapur tu. Mercu tanda Ipoh. Tak silap saya, papan tanda Ipoh tu dah tak ada akibat keruntuhan batu kapur.

 
Sumber : Siti Amimah - Port percutian menarik sana sini

6 comments:

  1. teringin nak repeat. sebab last time pergi masih banyak muzium tutup sebab PPN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu, kena repeat Sal. Banyak tempat dah meriah dibuka sekarang.

      Delete
  2. Ada yang Sha dah sampai dan ada yang belum..

    ReplyDelete
  3. Ipoh memang banyak tempat menarik mmkalau 1 hari kat sana memang tak puas jelajah semua tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas nak explore kalau sehari je. haritu sehari pun sempat pergi 2-3 tempat je. Kena repeat datang Ipoh lagi nampaknya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.