Header Ads


Harga iPhone 14 , AirPods dan Apple Watch Terbaru Di Malaysia

Apple Event telah pun berlangsung pada pukul 1:00 pagi 8 September 2022 (waktu Malaysia) secara offline dan online dari Steve Jobs Theater di Apple Campus di Cupertino dengan tajuk "Far Out". Apple Event yang dinantikan oleh  komuniti Apple untuk keluaran tiga model peranti iaitu iPhone 14 series, AirPods dan Apple Watch.

Kebanyakan produk Apple mengalami kenaikan harga daripada harga yang telah diumumkan. Harga Apple Watch Siri 8 naik RM100 hingga RM150 berbanding model sebelumnya. Jualan rasmi untuk iPhone 14 Pro pada 23 September 2022 dan Pra-pesanan pada 16 September 2022.

iOS 16 pula secara rasminya akan dilancarkan pada 13 September 2022. 

Harga iPhone 14 Series, AirPods dan Apple Watch Di Malaysia

Harga iPhone 14

iPhone 14
128GB - RM4,199
256GB - RM4,699
512GB - RM5,699

iPhone 14 Plus
128GB - RM4.699
256GB - RM5,199
512GB - RM6,199

Fitur iPhone 14

  • A15 Bionic iPhone 14 dan Plus
  • Kamera lebih baik kawasan gelap iPhone 14
  • kamera depan lebih baik dari iPhone 13
  • iPhone 14 menyokong eSIM sepenuhnya. Tapi hanya di AS sahaja
  • iPhone 14 menyokong komunikasi satelit termasuklah fitur Find My. Seperti dijangkan AS dan Kanada sahaja dapat fitur ini.

Harga iPhone 14 Pro (Jualan 23 September 2022)

harga iphone 14 di malaysia

iPhone 14 Pro
128GB - RM5,299
256GB - RM5,799
512GB - RM6,799
1TB - RM7,799

iPhone 14 Pro Max
128GB - RM5,799
256GB - RM6,299
512GB - RM7,299
1TB - RM8,299

Warna deep purple tu mengancam sangat. Kan? Bakal jadi warna pilihan ramai nampaknya ni. Rasa macam baru je beli iPhone 12 Pro Max. iPhone 13 Pro Max baru je keluar. Tup-tup dah keluar iPhone 14 sudah. Laju betul! Marilah kita menabung.

Warna iPhone 14 Max

Fitur iPhone Pro

  • Lubang pil mampu dijadikan lebih interaktif dan bukan sekadar lubang
  • Paparan Kekal untuk iPhone 14 Pro
  • LTPO mampu dikurangkan sehingga 1nit
  • A16 Bionic untuk iPhone 14 Pro dengan 4nm

features iPhone 14 Pro Max

Apple Watch

Apple Watch Siri 8

  • Harga Rasmi Apple Watch Siri 8 41mm - RM1,899 45mm - RM1,999
  • Apple Watch Siri 8 hadir dengan fitur pengesan suhu
  • Apple Watch Siri 8 lebih mesra untuk wanita
  • Privasi untuk data kesihatan
  • Apple Watch Siri 8 menyokong notifikasi apabila kemalangan kereta
  • Apple Watch Siri 8menyokong 18 jam bateri dan fitur Mod Kuasa Rendah yang mampu bertahan sehingga 36 jam dan menyokong Apple Watch Siri 4 dan ke atas
  • Empat variasi warna Apple Watch Siri 8

Apple Watch SE

  • Tiga warna Apple Watch SE baharu
  • Apple Watch SE menyokong notifikasi kemalangan
  • Apple Watch SE 2 mempunyai prestasi 20% lebih baik

Apple Watch Ultra

  • Harga Rasmi Apple Watch Ultra bermula RM3,799
  • hadir dengan bahan binaan titanium
  • bersaiz 49mm menyokong 36 jam
  • menyokong mod malam
  • hadir dengan GPS baharu yang lebih tepat
  • memang untuk aktiviti lasak dan atlet
  • mampu mengeluarkan bunyi yang kuat untuk kecemasan
  • mesra aktiviti Scuba

AirPods

AirPods Pro 2

  • Harga Rasmi AirPods Pro (2nd generation) RM1,099
  • hadir dengan H2
  • AirPods Pro 2 dan Spatial Audio lebih dipertingkatjkan
  • hadir dengan pembatalan hingar aktif yang lebih baik sehingga dua kali lebih baik dari AirPods lama
  • Fitur Adaptive Transparency juga dipertingkatkan
  • Bateri AirPods Pro 2
  • Bekas AirPods Pro 2 hadir dengan pembesar suara

Dengan keluaran iPhone 14 Series, dengan itu secara rasminya keluaran iPhone yang sebelumnya akan mengalami penurunan harga. Ini harga terbaru untuk iPhone 13, iPhone 12 dan iPhone SE.

Harga Rasmi iPhone 13 

iPhone 13 mini 
128GB - RM3,199 
256GB - RM3,699 
512GB - RM4,699
 

iPhone 13

128GB - RM3,699 
256GB - RM4,199 
512GB - RM5,199

Harga Rasmi iPhone 12

64GB - RM3,199 
128GB - RM3,449 
256GB - RM3,949

Harga Rasmi iPhone SE

64GB - RM2,249 
128GB - RM2,499 
256GB - RM2,999

Harga Apple Watch SE 2

40mm - RM1,199 
44mm - RM1,299

sumber info dan images : XavierNaxa

untuk maklumat lanjut tentang peranti Apple, rujuk www.apple.com/my

14 comments:

  1. Malam tadi sebelum tidur, suami bagitau..pukul 1 pagi nanti ada pelancaran iPhone baru.

    Akak pun berkenan warna deep purple tu. Cantik!
    Tapi tak pernah pun guna iPhone, dari dulu dok guna Samsung je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik betul kan warna deep purple tu. Saya pulak tak pernah guna samsung. Kalau android suka Sony lagi daripada Samsung :)

      Delete
  2. fuyoo...tapi tak minat pakai apple..setia dengan samsung sejak awal 2000

    ReplyDelete
  3. Suka jugak dgn warna purple tu, tapi klu compare dgn iphone 12 mcm lagi minat warna ungu lembut iphone12.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik sudah minat kita. Saya pulak kurang minat purple pastel tu :)

      Delete
  4. wow harga dia..hehe..bkn peminat iphone..masih setia bersama android

    ReplyDelete
  5. Tak terkejar yeop! huhuhuhu... takpelah bahagia bersama android gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak terkejar kak. Cepat sangat keluar yang barunya. huhu...

      Delete
  6. lawa purple tu...tapi takpelah.
    masa ammi beli yang edisi sebelum ni...nak warna forest green tapi takde stock pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lawa betul! Warna rare ni memang cepat laku. Takpelah, mana tahu ada rezeki akan datang pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.