Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Malaysia 2022 16 September

Azhafizah MN
By -
0
Selamat Hari Malaysia 2022 16 September. Hari Malaysia 2022 kali ke-59. Tema Hari Malaysia 2022 sama tema dengan Hari Kebangsaan2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Pada tahun 2022, Sambutan Hari Malaysia ke-59 peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka bermula pukul 8:00 malam.

Sambutan Hari Malaysia 2022 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM pukul 8:30 malam. Sambutan Hari Malaysia 16 September 2022 menampilkan kelainan dimana tetamu yang hadir perlu berpakaian dan berbusana tradisional bersifat silam mengikut kaum dan etnik masing-masing.

Orang awam yang menghadiri sambutan itu juga digalakkan berpakaian busana pelbagai etnik era 60-an sebagai penyeri tema.

untuk maklumat lanjut : merdeka360.my/web

Sambutan Hari Malaysia 2022

Lokasi : Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka
Waktu siaran : 16 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV, Astro (CH101), RTM Klik

Selamat Hari Malaysia 2022 16 September

Ucapan Selamat Hari Malaysia 2022

Selamat Hari Malaysia 2022
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.
Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat Malaysia. Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara.
Sebagai Rakyat Malaysia kita harus sentiasa mengingati hari bersejarah ini.
16 September 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama


Selamat Menyambut Hari Malaysia
Majulah Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia.
#MalaysiaPrihatin


Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022


Salam Malaysia Prihatin Buat Seluruh Rakyat Malaysia.
Marilah sama-sama kita bersatu hati ke arah Malaysia yang gemilang.

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-59
Semoga negara tercinta ini terus maju dan menjadi contoh ke seantero dunia. Semoga negara ini bersih dari rasuah, ketirisan dan salah tadbir. Maju terus Malaysia.



Selamat Hari Malaysia
Mudah-mudahan kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini.
#momenNegaraku #KeluargaMalaysia


"Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini.”
Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati.
Selamat Hari Malaysia.


Selamat Hari Malaysia
Semoga kita terus maju dan jaya. Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #MalaysiaPrihatin


"Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022


Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta
“Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan sejahtera ini.
Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.
Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan.
Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.”
Amin Ya Rabbal A’lamin


Pantun Selamat Hari Malaysia 2022

Ismail Sabri PM Kita,
Memacu negara hingga persada;
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema Sambutan Hari Malaysia.

Walau di mana kita berada,
Bumi dipijak langit dijunjung;
Malaysia mekar gemilang persada,
Maruah negara tetap disanjung.

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia;
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.

Lima prinsip Rukun Negara,
Lagu Negaraku jangan dilupa;
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Janganlah kita mengabaikannya.

Rukun Negara di amal sentiasa,
Tonggak pegangan jiwa rakyatnya;
Hari Malaysia diraikan kita,
Semoga Malaysia sejahtera selamanya.

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Simbol perpaduan kita semua;
Bersatu hati mencapai wawasan,
Maruah negara kita pelihara.

Merah putih kuning dan biru,
Jalur Gemilang tanah airku;
Berkibar megah di segenap penjuru
Lambang perpaduan bersatu padu,

Dari Perlis hingga ke Sabah,
Negara makmur rakyat mewah;
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Hidup bersatu aman sentosa;
Ayuh kita rakyat Malaysia,
Bersatu hati jiwa bangsa.

sumber : theinspirasi

Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 dan selamat bercuti. Enjoy long weekend.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)