Filem 10 Tips Tipu Bini

Tonton Filem 10 Tips Tipu Bini ulang siar pada hari Sabtu ini, 24 September 2022 pukul 9:00 malam di saluran 108 Astro Citra dan hari Isnin 26 September 2022 pukul 3:30 pagi di saluran 104 Astro Ria.

Filem 10 Tips Tipu Bini pertama kali ditayangkan di saluran Astro First 480 pada 7 Januari 2021 dan merupakan filem pertama diterbitkan oleh produksi Rumah Produksi Merah Sdn Bhd milik Dato' Awie dan diarahkan oleh Azizi 'Chunk Adnan.

10 Tips Tipu Bini dibintangi Dato' Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

10 tips tipu bini

FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Waktu siaran : Sabtu, 24 September 2022 pukul 9:00 malam di saluran 108 Astro Citra | Isnin 26 September 2022 pukul 3:30 pagi di saluran 104 Astro Ria
Pengarah : Azizi 'Chunk Adnan
Penulis skrip : Armada Al Haq
Produksi : Rumah Produksi Merah Sdn Bhd
Genre : Komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Dato' Azhar Othman @Dato' Awie sebagai brother love
  • Khir Rahman
  • Ropie
  • Joey Daud
  • Vicha
  • Jehan Miskin
  • Nasir Bilal Khan
  • Atu Zero
  • Azlee Senario
  • Nazia Mustafar 
  • dan ramai lagi

SINOPSIS FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Sebuah kisah komedi mengisahkan 3 sahabat baik iaitu Kay, Jepp dan Raffi. Mereka bertiga bekerja sebagai pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan (Grand Poyo Advertising & Events) milik Dato Dean yang terkenal di Kuala Lumpur.

Mereka nampak hebat bila di syarikat tapi sebaliknya bila berada di rumah masing-masing. Takut bini! Ketiga-tiga mereka mempunyai 'Krisis Pertengahan Usia' yang mana melanda para suami yang mempunyai niat nak buat sesuatu tapi dalam masa yang sama tak berani.

Mereka juga mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson digelar 'Dubuk Liar'. Segalanya berubah bila 3 orang gadis intern yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Bermulalah masing-masing pasang niat nak memikat 3 orang gadis tu.

Maka, bermulalah juga penipuan dan alasan direka untuk meneruskan niat mereka. Seterusnya, sila tonton Filem 10 Tips Tipu Bini nanti.

LAGU TEMA/OST FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Lagu : Sang Kekasih
Penyanyi : Wings

Lagu : Dubuk Liar
Penyanyi : Wings

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.