Telefilem Misi dibintangi pelakon-pelakon tempatan dan terkenal tanah air seperti Sahronizam Noor, Anding Indrawani, Melati Melissa, Fir Affandi, Zaha Borhan, Abdul Aziz, Ali Mohamad dan ramai lagi. Daripada barisan pelakonnya, 99 peratus merupakan anak tempatan kecuali Sahronizam Noor.
Telefilem Misi mempamerkan unsur seni dan budaya masyarakat Sarawak. Turut mempamerkan unsur seni dan budaya masyarakat Sarawak seperti Perguruan Silat Naga Paloh Sarawak, etnik kaum Urang Ulu yang bermain sape dan permainan rakyat iaitu permainan getah (zeropoint).
Antara isi kandungan Misi adalah penceritaan mengenai penyalahgunaan dadah, perhubungan persahabatan yang dikhianati dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Antara isi kandungan Misi adalah penceritaan mengenai penyalahgunaan dadah, perhubungan persahabatan yang dikhianati dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Lokasi penggambaran telefilem Misi
Telefilem Misi menjalani penggambaran selama 14 hari di sekitar bandaraya Kuching seperti Kampung Telaga Air, Santubong dan beberapa kampung pedalaman. Antara lokasi lain ialah Kampung Trombol, Damai Central, Pantai Damai dan Kampung Sibu Laut.Dengan terhasilnya telefilem misi secara tidak lansung akan menjadi salah satu cara membangunkan industri perfileman disamping mempromosikan tempat-tempat menarik di Sarawak kepada dunia luar.
TELEFILEM MISI
Mula siaran : Khamis, 15 September 2022
Siaran TV : Astro First (CH480)
Pengarah : Mohamad Ghazali Jeman @Jalot Jeman
Produksi : Kamek Empun Production Sdn. Bhd.
Siaran TV : Astro First (CH480)
Pengarah : Mohamad Ghazali Jeman @Jalot Jeman
Produksi : Kamek Empun Production Sdn. Bhd.
PELAKON TELEFILEM MISI
- Sahronizam Noor
- Anding Indrawani
- Melati Melissa
- Fir Affandi
- Zaha Borhan
- Abdul Aziz
- Ali Mohamad
- Khar Jini
- Goday
SINOPSIS TELEFILEM MISI
Telefilem Misi Bila Kawan Jadi Lawan mengisahkan tentang konflik perhubungan persahabatan antara Syah dan Bad yang pernah menjadi Pengawal Peribadi Sarawak.
Bad bertindak menangkap isteri Syah dan anaknya sebagai tebusan demi memaksa Syah memenuhi misi membunuh empat pesaingnya supaya dia boleh menjadi raja dadah paling berkuasa di Sarawak.
Syah kemudiannya meminta bantuan Azman untuk menyelesaikan misi menyelamatkan keluarganya. Dia menggunakan taktik komando untuk mengaburi mata Bad dengan melakukan pembunuhan melalui rakaman video dan tayangan siaran langsung.

No comments
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.