Header Ads


Telefilem Simpang Sejenak

Tonton Telefilem Simpang Sejenak pad hari Ahad, 11 September 2022, pukul 10.30 malam di slot Cereka Ahad di TV3. Telemovie Simpang Sejenak, telemovie ulang siar lakonan Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Simpang Sejenak merupakan nama tempat yang nama asalnya, Simpang Sedenak. Simpang Sejenak adalah drama terbaik DFKL, cerita asal Mohd Hanif Ahmad yang juga merupakan Orang Kulai.

telefilem simpang sejenak full movie

TELEFILEM SIMPANG SEJENAK

Waktu siaran : Ahad, 11 September 2022, pukul 10.30 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : Sofia J Rhyland
Idea asal : Mohd Haniff Kulai
Pengarah : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM SIMPANG SEJENAK

Syazwan Zulkifly sebagai Ashraf Hanif
Azira Shafinaz sebagai Manis
Azri Iskandar
Ellie Suriaty
Raysha Rizrose
Duerra Mitilda
Raja Hakim

SINOPSIS TELEFILEM SIMPANG SEJENAK

Ashraf Hanif bekerja sambilan sebagai pemandu kereta sewa. Pada suatu malam, Hanif terserempak dengan seorang wanita bernama Manis meminta Hanif menghantarnya ke rumah. Kasihan dengannya, dia menawarkan diri untuk menghantar Manis. Hanif disambut baik dan mesra oleh ibu bapa Manis.

Dia mula berkenalan dengan Manis dan terus mengabaikan isterinya sendiri. Namun, Hanif dilaporkan hilang selepas beberapa hari.

4 comments:

  1. oh cerita ni. tula rs mcm da tengok sebelum ni. rupanya diorang ulang siar. tp agak misteri kisah dia. Diculik alam bunian kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul ulang siar. Pernah juga tengok sebelum ni. Jalan cerita dia macam ada yang kurang sikit dan tergantung sikit.

      Delete
  2. Replies
    1. Misteri ceritanya termasuk alam bunian. Lagi parah bila terjatuh cinta.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.