Bayaran BKM Fasa 3 2022 Mulai 20 September

Azhafizah MN
By -
0
Bayaran BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) fasa 3 2022 dan rayuan BKM akan dikreditkan mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penerima BKM Fasa 3 bakal menerima bayaran sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini termasuklah Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun lepas.

jadual pembayaran bkm fasa 3

Semakan BKM Fasa 3 2022

Semakan BKM Fasa 3 dan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September melalui laman sesawang BKM : https://bkm.hasil.gov.my.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat. Jumlah pembayaran BKM akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa 1 (Mac), fasa 2 (Jun), fasa 3 (September) dan fasa 4 (Disember).

FASATARIKH PEMBAYARANHARI
Fasa 128 Mac 2022Isnin
Fasa 227 – 30 Jun 2022Isnin
Fasa 320 Sept 2022Selasa
Fasa 4Disember

Bayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan bermula pada 20 September ini. Pengkreditan ini merangkumi beberapa kategori termasuk golongan bujang, isi rumah serta warga emas juga.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 2022

BKM Fasa 3 2022 untuk bulan September akan dikreditkan mulai 20-27 September 2022 mengikut bank masing-masing.

BankTarikh kredit
BSNBermula 26 Sep 2022
MaybankBermula 26 Sep 2022 
Bank MuamalatBermula 26 Sep2022 
Affin BankBermula 26 Sep 2022 
RHB BankBermula 26 Sep 2022 
CIMB Bank Bermula 26 Sep 2022
Hong Leong BankBermula 26 Sep 2022 
Public Bank BankBermula 26 Sep 2022 
Bank IslamBermula 26 Sep 2022 
AmbankBermula 26 Sep 2022 
Bank RakyatBermula 26 Sep 2022 

Jadual Bayaran BKM 2022

Fasa 1: Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
Fasa 2 : Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 3 : Bayaran dikreditkan bermula 20 September secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 4 : Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

Jumlah Bayaran BKM 2022

Bujang, Ibu tunggal, Bapa tunggal yang tiada anak (Umur atas 59 tahun)

  • Gaji dan pendapatan sebulan tidak lebih RM5000 sebulan
  • Dapat bayaran RM150 one off

Bujang, Ibu tunggal, Bapa tunggal yang tiada anak (Umur bawah 60 tahun)

  • Gaji dan pendapatan sebulan tidak lebih RM2500 sebulan
  • Tiada bayaran bujang fasa 2 bulan Jun 2022
  • Bayaran Fasa 3

Ibu tunggal, Bapa tunggal gaji tidak lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM300 one off (1-2 anak)
  • Bayaran RM400 one off (3 anak & ke atas)

Ibu tunggal, Bapa tunggal gaji lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM100 one off

Umur bawah 60 tahun & Pendapatan isi rumah tidak lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM200 one off (Tiada anak)
  • Bayaran RM300 one off (1-2 anak)
  • Bayaran RM400 one off (3 anak & ke atas)

Umur atas 59 tahun & Pendapatan isi rumah tidak lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM100 one off

Umur bawah 60 tahun & Pendapatan isi rumah lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM200 one off (Tiada anak)
  • Bayaran RM300 one off (1-2 anak)
  • Bayaran RM400 one off (3 anak & ke atas)

Umur atas 59 tahun & Pendapatan isi rumah lebih RM2500 sebulan ada tanggungan anak

  • Bayaran RM100 one off

Bayaran Fasa 4 pada Disember 2022 nanti.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!