Header Ads


Telefilem Bisik-Bisik

Tonton Telefilem Bisik-Bisik pada hari Sabtu ini 24 September 2022, pukul 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1. Telefilem Bisik-Bisik dibintangi Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman dan ramai lagi.

Telefilem Bisik-Bisik terbitan Unit Drama TV RTM memaparkan kisah mengenai sindiket pemerdagangan kanak-kanak yang pernah menggemparkan seluruh malaysia suatu masa dahulu.

telefilem bisik bisik full movie

TELEFILEM BISIK-BISIK

Waktu Siaran : Sabtu, 24 September 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Idea asal & Penulis skrip : Aryza Jaafar
Olahan Semula : Tasya Keristifa
Pengarah : Ikhsan Sukiman
Produksi : Unit Drama TV RTM

PELAKON TELEFILEM BISIK-BISIK

Shahronizam Noor
Mustapha Kamal
Natasha Elyzza
Gambit Saifullah
Dato Hilal Azman
Shahfi Rafiq
Adrianna Qasmia
Gen Darwish
Zarra Zhaff
Naurah Rayyani
Faiz Syafie

SINOPSIS TELEFILEM BISIK-BISIK

Mengangkat kisah kejayaan anak-anak yatim membongkar kepincangan yang berlaku dalam institusi penjagaan rumah kebajikan. Ia mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar.

Kisah Fahim dan adiknya, Sahidah dihantar oleh Nazri ke Rumah kebajikan Rukaiyah. Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas rumah kebajikan tersebut.

Amri yang merupakan pengurus rumah kebajikan mempergunakan anak-anak yatim itu terlibat dalam sisi gelap penyeludupan tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.