Header Ads


Cara Tukar Kad Pengenalan (MyKad) Baru 2022 Secara Online Atau Melalui Panggilan Telefon

Kad pengenalan atau MyKad adalah sekeping kad kad pengenalan pintar yang merupakan dokumen peribadi penting untuk setiap individu rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua, negara Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk kesahihahan dan keselematan pemiliknya.

MyKad dilancarkan pada September 2001 secara rasminya. MyKad adalah dokumen penting yang membuktikan kita rakyat Malaysia serta banyak urusan rasmi memerlukan penggunaan kad pengenalan. Selain untuk kegunaan rasmi, MyKad juga pelbagai guna untuk keluarkan duit menggunakan ATM, membayar tol, membayar parkir dan banyak lagi. 

Disebabkan itulah, kena simpan dan jaga betul-betul kad pengenalan diri kita. Kalau hilang atau rosak akan mendatangkan masalah. Tambahan lagi dengan dunia yang penuh dengan scammer. Ada je yang akan ambil kesempatan.

Menurut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), individu yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) perlu memohon penggantian kad pengenalan baru dengan kadar segera. Jika tidak akan di denda lewat tukar kad pengenalan.

Kadar bayaran hilang bagi MyKad atau MyTentera sahaja

Jadual Pembayaran 4A

KehilanganBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama10.00100.00110.00
Kali Kedua10.00300.00310.00
Kali Ketiga dan seterusnya10.001,000.001,010.00

Bila perlu tukar IC baru tengok pada IC masing-masing. Kalau jenis IC lama cip 32k tu kenalah tukar kepada MyKad/ IC baru Malaysia terkini.

Selain membuat kad pengenalan baru di pejabat JPN, cara tukar kad pengenalan (MyKad) baru secara dalam talian (online) lebih mudah. 

Cara tukar kad pengenalan Mykad baru 2022 secara online

Sebelum tu kena tahu jenis permohonan yang boleh dilakukan secara online. Permohonan Gantian MyKad boleh dibuat secara online melalui Portal MyGovernment dan terhad kepada 4 jenis penggantian sahaja. 

Jenis permohonan tukar MyKad baru secara online

  • Gantian kad rosak
  • Gantian cip rosak
  • Menaik taraf cip (dari 32k/64k kepada 80k)
  • Kehilangan kad (untuk kali pertama/ tidak lebih 1 kali)

Untuk pertukaran alamat dan gambar, hadir ke pejabat JPN terdekat. Pastikan pakai pakaian yang sesuai dan bawa bil utiliti sahaja semasa hadir ke JPN.

Cara tukar kad pengenalan (MyKad) baru secara Online

Sistem penggantian MyKad merupakan satu sistem yang telah dibangunkan Jabatan Pendaftaran Negara secara atas talian melalui portal JPN. Sistem ini dibangunkan bagi menyediakan kaedah alternatif yang efektif untuk membuat gantian MyKad tanpa perlu hadir ke kaunter JPN.

Berikut langkah untuk tukar ganti Mykad yang baru, rosak atau hilang secara online
  1. Layari laman web MyGOV (https://www.malaysia.gov.my/portal/register/1/go)
  2. Daftar akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan
  3. Selepas aktifkan akaun, klik link yang diberikan
  4. Kemudian buat permohonan penggantian kad dan log masuk di pautan : https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  5. Klik bahagian ganti MyKad di paparan skrin
  6. Baca akuan penafian dan klik setuju
  7. Kemudian isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Boleh pilih jenis penggantian dan negeri tempat tinggal sekarang
  8. Setelah selesai, semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semua maklumat tepat dan klik pada kotak Saya Setuju dan klik Teruskan.
  9. Selepas itu, paparan skrin baru akan terpapar untuk proses pembayaran. Sila simpan resit sebagai rujukan
  10. Tempoh menunggu 1-2 hari untuk proses permohonan. Semak kad pengenalan melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888
  11. Selepas SMS diterima,  boleh pergi ke cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil kad pengenalan. Seterusnya proses turunkan cap jari.

Menurut JPN, tempoh Mykad siap dalam tempoh 30 minit jika gantian MyKad tidak bermasalah. Jika ada masalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

Cara tukar kad pengenalan (Mykad) baru melalui telefon

Selain daripada tukar kad pengenalan (Mykad) baru secara online, boleh juga buat penggantian MyKad melalui panggilan telefon ke talian hotline JPN di 03-8880 8066 pada waktu pejabat hari bekerja.

Cara tukar kad pengenalan Mykad baru 2022 melalui telefon

Waktu operasi pejabat
Isnin - Jumaat : 8:00 Pagi - 5:00 Petang

Waktu rehat
Isnin - Khamis : 1:00 Petang - 2:00 Petang
Jumaat : 12:15 Tengahari - 2:42 Petang

Nombor kad pengenalan

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
  • Digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP
  • Kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir 
Nota : 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.

  • Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

KodNegeri
01, 21, 22, 23, 24Johor
02, 25, 26, 27Kedah
03, 28, 29Kelantan
04, 30Melaka
05, 31, 59Negeri Sembilan
06, 32, 33Pahang
07, 34, 35Pulau Pinang
08, 37, 38, 39Perak
09, 40Perlis
10, 41, 42, 43, 44Selangor
11,03,06, 45, 46Terengganu
12, 47, 48, 49Sabah
13, 50, 51, 52, 53Sarawak
14, 54, 55, 56, 57Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58Wilayah Persekutuan Labuan
16Wilayah Persekutuan Putrajaya
88Polis
99Tentera
Yang membezakan pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina. Siri nombor terakhir berangka genap menunjukkan jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1980, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

MyKid

Mulai 1 Januari 2005, semua bayi yang lahir turut diberikan kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu dipanggil MyKid. Perkataan 'Kid' bermaksud 'Kad Identiti Diri' dan juga bermaksud 'budak' dalam bahasa Inggeris. Tujuan MyKid adalah sebagai ganti sijil kelahiran, yang bermakna bayi tersebut tidak lagi mempunyai nombor sijil kelahiran, sebaliknya diberikan terus nombor kad pengenalan yang akan digunakan dalam MyKad.

sumber : portal JPN | https://ms.wikipedia.org/wiki/MyKad

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.