Dah Dapat Kad Touch 'n Go NFC Beli Melalui Aplikasi TNG eWallet

Selepas ikut tips beli kad Touch 'n Go NFC haritu, berjaya buat pembelian kad Touch 'n Go melalui aplikasi TNG e-dompet atau eWallet. Saya buat pembelian pada 25 Ogos 2022. Kad Touch 'n Go dapat pada 29 Ogos 2022. Agak cepat juga dapat.

Batch seterusnya pada 8 September 2022. Get ready siap-siap stand by berjuang untuk dapatkan kad touch n go baru ni. Jem kadang. Kena sabar banyak-banyak.

Saya ingatkan dapat lambat lagi sebab lepas pembelian haritu, status processing je. Tak update apa, tahu-tahu dah sampai je. Parcel dibungkus ringkas je tak ada kotak atau kertas tebal untuk cover kad. Kalau patah masa delivery naya je.

Kad Touch 'n Go diletakkan dalam sampul poket macam ni. 



Disertakan sekali dengan cara untuk link dengan aplikasi TNG eWallet dan tambah nilai. Dalam gambar nampak macam shining hologram rupanya tak. Warna pastel biasa je rupanya. Cantik juga. 

Dapat-dapat terus link kan dengan aplikasi TNG eWallet. Mudah juga top up Touch 'n Go online je. Tak risau kalau kurang baki boleh topup terus. Yang penting eWallet ada baki yang mencukupi. 


Mana nak beli kad Touch 'n Go 2022

Selain pembelian melalui aplikasi TNG eWallet, boleh dapatkan di premis yang terpilih. Mana nak beli kad Touch 'n Go 2022, rujuk Senarai Lokasi jual kad Touch 'n Go NFC.

Atau boleh semak di Enhanced Touch 'n Go Card Participating Outlets berhampiran, cari nombor telefon telefon stesen minyak tersebut. Tanya stok Tounch 'n Go ada ke tidak. Jika ada, cepat-cepat lah pergi beli. Harga RM10 sahaja. Limit seorang sekeping je.

14 comments:

  1. Okey jom standby...confirm jammed gak nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. For sure jammed melainkan ramai yang dah beli. Sempat tak kak order harini?

      Delete
  2. Terima kasih share tips ni. Insha Allah nak cuba la 8hb ni.

    ReplyDelete
  3. 8 september?? Ok sempat lagi ni.. Minta2 la berjaya jgk hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.