Tauhu Begedil Buat Sendiri Je

Tuesday, August 14, 2018

Tauhu begedil memang viral habis sana sini. Siapa buat jualan tauhu begedil memang untung sangat sekarang ni. Laku habis! Bila tengok gambar tauhu begedil lalu lalang kat wall facebook dengan instagram rasa macam teringin rasa sekarang jugak. Sumpah nak sangat! Tapi tak semua apa yang kau nak akan dapat masa tu jugak. Rasanya setiap penjual tauhu begedil mesti menjalankan sistem pre order. Tak ada ready made tauhu begedil okay!

Nak buat pre order tu yang malas tu sebab tak tahu bila rasa nak makan tu. Kalau order hari ni kena tunggu esok atau ada date² tertentu baru dapat makan. Tapi ye lah, kena lah sabar nak merasa makan kan. Kalau kau orang sejenis yang tak sabar dan masa tu kau rajin beria-ria, silalah gunakan kerajinan yang ada sebelum hilang masak tauhu begedil buat sendiri je. Sekali imbas resepi tu memang mudah ya amat cuma semacam leceh sikit lah.


Macam biasa, Fiza masak ikut cara masak Fiza je. Janji rasa tak kelaut dan rupa tu ada. Nah, resepi tauhu begedil masak cara Fiza. Boleh ikut kalau rasa mudah nak ikut.

Bahan-Bahan Tauhu Begedil

Tauhu kering/goreng ( Yang biasa buat tauhu bakar )
3 biji kentang
Daging Ayam Kisar
3 Ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
2 biji telur
Lada Sulah
Garam
Minyak masak
Daun Sup
* Nak lagi sedap boleh tambah sayur lain seperti lobak

Cara Buat Isi Tauhu Begedil

1. Kupas kulit kentang dan rebus kentang sehingga empuk. Kemudian lenyekkan. Nak kentang lagi cepat masak potong kecil² dan rebus.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan daging ayam kisar dan kacau rata sehingga masak. 
3. Setelah daging ayam kisar masak, masukkan ke dalam bekas kentang yang telah siap dilenyekkan tadi. Campurkan daun sup (dipotong halus), sedikit garam dan lada sulah.  Gaul rata semua bahan.

Cara Buat Tauhu Begedil

4. Ambil tauhu kering potong 'X' bahagian tengah bahagian atas tauhu, kemudian sumbatkan bahan isi begedil yang dah siap. Tak perlu isi penuh sangat ye.
5. Pecahkan telur, masukkan garam dan sedikit lada sulah. Pukul rata.
7. Celupkan tauhu yang dah disumbat dengan isi tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata. Pastikan semua bahagian tauhu bersalut dengan telur sebelum menggoreng.
8. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga sedikit garing. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.

Bahan Sos Hitam Pedas Manis

10 tangkai cili kering pedas
Gula melaka
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air

Cara Buat Sos hitam Pedas Manis

1. Panaskan minyak dan goreng cili kering sehingga garing. Setelah garing, angkat dan blend bersama sedikit air sehingga hancur.
2. Panaskan 1/2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula melaka dan cili kering blender tadi. Masukkan juga garam secukup rasa dan gula.

* Kalau nak pekat boleh tambah tepung jagung dan nak lagi menarik boleh tambah bijan yang disangai terlebih dahulu. Ada orang letak belacan tapi Fiza tak berapa suka bila letak belacan. Kalau sos kurang sedap boleh tambahkan sos cili dan kicap sikit. Ikut citarasa masing-masing.


Sekian resepi tauhu begedil masak cara Fiza. Cara orang lain mungkin berbeza sebab setiap orang ada cara masak tersendiri. Tauhu kering tu sekarang dah susah nak jumpa kan. Kalau tak jumpa tauhu kering tu kau orang boleh je guna tauhu biasa tu, goreng dulu dan keluarkan isi tauhu tu campurkan dengan isi bahan begedil. Pun boleh. Tauhu jugak kan. Derhaka sikit dengan resepi asal janji dapat makan tauhu begedil. Selamat mencuba.

13 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.