Bulan November Dah Datang

Dia datang, dengan lenggang lenggoknya. Tahu tahu dah masuk bulan November 2021. Laju benar masa berlalu pergi, tak tunggu kita dah.  Masuk bulan November, sebulan lebih lagi kita akan masuk tahun 2022 menutup tirai 2021. 

Cantik nombor tahun depan. Ada yang bercita cita nak buat majlis 02.02.2022, 20.02.2022 atau 22.02.2022 ke?

November, sinonim dengan lagu November Rain. Sesuailah dengan keadaan cuaca sekarang yang kerap kerap hujan selepas musim panas beberapa ketika. Dah bermula musim tengkujuh.
MetMalaysia turut menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang akan bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.
Bersiap siaga lah jika kawasan rumah mula dinaiki air. COVID? Harap cepatlah beredar pulang ke kampung halaman. Muak dah dengan COVID ni.

Apa yang menarik bulan November adalah cuti. Awal bulan November dah mula cuti Hari Deepavali. Ada yang dah berhajat nak bercuti long weekend ke tu?

Cuti Umum November 2021

4 November (Khamis) : Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak)
5 November (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
11 November (Khamis) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
12 November (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)
 
November 2021
Dreams are the tiny seeds from which the beautiful
Tomorrow grows. Spread love.
Because it is the bridge between you and everything.
Let no one ever come to you
without leaving better or happier.

november calendar 2021

Even love is full of thorns,
I'd still embrace it,
For I know in between those thorns,
There is a rose worth all the pain.

Princess Aurora,
-Sleeping Beauty-

36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sekejap sudah bulan 11 dan tidak lama akan masuk tahun 2022.
    Malam tadi dan lagi hujan lebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..sekejap je masa berlalu. 2-3 hari ni memang mula musim hujan lebat. Sejuk sikit.

      Delete
  2. kalo dlu masuk bln 9 je dh start merasa musim tengkujuh..
    skrg cuaca xmenentu.. bln 11 pon duk panas ceng2 lg.. haha..

    semoga baik2 je di bulan nov.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...kejap musim panas kejap musim sejuk. Semoga baik baik je semuanya..Aaaminn...

      Delete
  3. only leave on 4th Nov applicable untuk ammi.
    Jumaat terpaksa kerja sebab boss nak bercuti dengan kengkawan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah, dapat juga cuti sehari. Berkorban untuk cuti boss :)

      Delete
  4. Welcome November! Fiza, nanti singgah blog ya, https://www.syaznirahim.com/2021/11/topcommentatoroktober2021.html ;)

    ReplyDelete
  5. Mengharap November ni dapat tarikh vaksin dan boleh balik kampung dan tak banjir lagi.. Dah nak masuk musim tengkujuh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah permudahkan segala urusan naniey dan semoga semuanya baik baik je.
      Aaminnn...

      Delete
  6. belum apa-apa ptg ni hujan selebatnya.. sedangkan takde mendung takde apa... mmg novembr rain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul november rain tu. Banyak dengar berita banjir kilat dan jammed kat jalan.

      Delete
  7. Happy November Fiza. Moga dirahmati Allahswt selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy November.
      Semoga Allah rahmati kita semua. Aaminnn...

      Delete
  8. pejam celik pejam celik dah bulan november. sekejap jer terasa masa berlalu. semalam hujan lebat area KL ni. drive balik umah pon tak nampak jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa berlari tak sempat nak kejar. Sekarang musim tengkujuh. Hati hati, drive safe.

      Delete
  9. Happy November, Fiza! Moga 30 hari ini lebih indah dan membahagiakan buat Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy November kak Farrah. Semoga hari hari akan datang kak Farrah jugak indah dan membahagiakan. Aaminn...

      Delete
  10. Replies
    1. Minggu ni memang kerap hujan lebat sejak dah masuk musim tengkujuh ni.

      Delete
  11. hai kak fiza, sorry lama tak komen, busy betoii..
    sekejap je masa berlalu, nak dekat masuk tahun baru dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi CikTimm..sorry lama jugak tak singgah rumah CikTimm. samalah busy kita.
      Ye, sekejap betul dah nak masuk tahun baru dah.

      Delete
  12. cepatnya masa berlalu dah masuk akhir tahun dah kita

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال