Avocado Berbuah Lagi

Dah beberapa kali dapat merasa buah avocado kampung yang besar ni. Saya panggil avocado kampung sebab dia membesar di kampung. Ada sebatang pokok nan sebatang kat belakang rumah kampung encik suami.

Buah avocado ni tak lah selalu berbuah. Jarang-jarang berbuah. Kalau berbuah tu ada banyak jugaklah. Sekarang tengah berkampung di kampung, belek-belek pokok avocado. Eh, ada buahnya pulak. Nampak 4 biji je. Tak tahulah kot ada lagi.

Buah avocado kampung

Tak pasti buah avocado masak ke belum. Jangan tanya saya cara pilih buah avocado. Tak pakar sangat. Tapi kalau belum masak, ada cara peram buah avocado. Bungkus je gunakan kertas.

Tak pernah lagi kot nampak orang jual buah avocado macam ni. Yang biasa kita nampak tu jenis avocado import, kan? Saya pun lupa dah rasa buah avocado import tu macamana sebab pernah beli beberapa kali je. Nak bandingkan pun tak tahu. Rasanya lebih kurang kot.

Kalau buat air buah avocado ni penuh satu jug. Pekat dan sedap! 

baca juga : resipi air buah avocado

Cara makan buah avocado ada pelbagai cara. Boleh makan begitu saja, campurkan dengan salad, jadikan isi sandwich, buat topping oats sarapan pagi dan macam macam lagi lah.

Buah avocado ni memang sesuai untuk mereka yang sedang diet. Banyak khasiat buah avocado ni. 

baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet

Tapi kan harga buah avocado di Malaysia ni bukan biasa-biasa. Nama pun buah import, mahal sikit lah. Nak beli selalu tu memang tak lah. 

Putik bunga buah avocado

Perasan juga ada banyak putik bunga buah avocado ni. Putik je banyak tapi jarang nampak buahnya lebat.

30 comments:

  1. waahh bestnya... kat kg ada , family tanam tapi tak berbuah lagi. Geram plak tengokk tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena tunggu lama bertahun kot. Ini pokok lama kak dah bertahun tahun dah. buahnya pun jarang jarang jugak. mana yang ada tu rezeki lah.

      Delete
  2. MashaAllah naik eloknya, bertuah ada pokok avocado, siapa yang tanam tu, tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti siapa penanamnya. Mungkin zaman atok nenek encik suami dulu dulu. Alhamdulillah ada rezeki buah avocadonya.

      Delete
  3. Itulah akak pun jarang makan buah avocado. Lagi tidak pernah nampak orang tanam.
    Avocado kampung nampak panjang-panjang buahnya.

    ReplyDelete
  4. wahh tak sangka hidup jugak avacado kat sini. besar2 buahnya.. jus avacado sedap nyaa. tapi kalau beli 3 biji dah berbelas ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, cuma berbeza rupa dia. Memang besar dan sedap buat jus avocado.
      Betul tu, harga dia mahal lagi yang jenis import tu.

      Delete
  5. Wahhh...sukanya buah avocado..
    Saya dah 2 kali tanam kawan bagi anak benih.Dua kali juga pokok tu meninggal...Ni kawan bagi laginkali ke 3 ..Harap2 kali ni timbuh besar berbuah lebat la...Sama spesis macam gambar Fiza ni..Buahnya licin...bukan menggerutu macam yg import tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya membesar elok lah kali ni. Dan dia hijau muda bukan hijau tua macam avocado import tu :)

      Delete
  6. Kalau buat jus avocado sedap kan ?
    Sy belum merasai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedap buat jus avocado. Boleh cuba buat nanti Rabia.

      Delete
  7. Akak kalau sebut avacado terus teringat pencuci muka haha..
    Dulu ada jiran tanam pokok ni tp tak pernahnya berbuah...pokok jantan kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...mesti nampak pencuci muka avocado je kan.
      ada pulak ye pokok jantan. tergelak baca :)

      Delete
  8. Seumur hidup pernah nampak sekali je pokok avocado kampung ni. Memang sedap buat sapuan sandwich. Tapi avocado local tak tahu lah rasanya macamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak describe rasa dia sebab macam dah lama tak makan avocado import tu. Yang kampung ni pun dah lama tak makan. Masih kat pokok lagi. huhu

      Delete
  9. tak pernah try lagi avacado kampung ni. mungkin sedap cam yang import juga kot

    ReplyDelete
  10. Cantik elok. Dulu tengok kat youtube nampak sedap je makan dengan roti. Tapi bila beli nak makan macam tak kena tekak. Nak try jus avocado pula nanti. Adik suka buat avocado makan dengan susu katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok buahnya naniey.Kalau tak kena makan macam tu, boleh try minum jus. Bancuh dengan susu pun dah sedap dah :)

      Delete
  11. besar juga buah avocado ni. selalunya orang buat jus ke or makan macam tu je? tak pernah makan buah ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar dia 2 kali ganda avocado yang biasa tu. Ada orang suka makan macam tu je atau jadikan spread roti atau campur dengan salad. Kalau saya suka buat jus.

      Delete
  12. saya tak pernah makan buah avocado. macam tak teringin plak. nanti2 lah kalau teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak berapa nak minat kot. Kena try jus avocado @alpukat..kot suka dengan rasa avocado :)

      Delete
    2. selalunya mmg takde keinginan nak rasa jus alpukat tu.. walaupon selalu nampak org jual, hatta masa pi bandung pon mcm tak teringin nak rasa... tak tau naper

      Delete
    3. Memang tak berminat lah tu maksudnya :)

      Delete
  13. Geramnya tengok avokado tu! Memang selalu yang senang nak jumpa avokado import kan... harga pun kusmangat! Baca entri Fiza ni terus terbayang jus alpukat dengan sos coklat mewah lalu dekat anak tekak adeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, tak pernah jumpa lagi yang local dijual. Harga mampu jeling je. Sesekali bolehlah. Saya pun teringat ingat jus alpukat yang sedap tu. ada syrup chocolate lagilah memikat. Aduhaii..teringin tiberrr

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.